Minamino Akan Terima Nasib Sama Dengan Mane Kerana Mempermainkan Liverpool

Beberapa sumber yang kuat menyatakan bahawa Liverpool sudah mencapai kesepakatan awal untuk mendapatkan lelaki Asia yang bernama Takumi Minamino.

Dalam dua pertemuan dengan Salzburg, Liverpool telah mendapat susah daripada pemain ini.

Minamino pastinya lebih faham perasaan fans di Asia yang berjaga pukul 3 pagi sampai rasa terus depress pagi pagi kerana aksi beliau dan seorang lagi mat Kpop, Hwang Hee Chan pada aksi di Anfield.

Ini diikuti aksi di Salzburg kelmarin. Sungguh tidak kelakar kelakuan beliau itu.

Akibat daripada menyusahkan Liverpool, maka Takumi Minamino bakal mendapat nasib serupa seperti Mane.

Sadio Mane pernah melakukan perkara yang sama ke atas Liverpool dan terus Liverpool melakukan bidaan ke atas pemain itu.

Minamino kini berpeluang mengikut jejak langkah Mane yang terpaksa meninggalkan Southampton. Mane pun bekas pemain Salzburg.

Mane masuk ke Liverpool dan terpaksa menjadi pemain lebih power sehingga berada di ranking ke-4 Ballon d’Or 2019. Itulah akibat daripada perbuatan beliau beberapa tahun lalu menodai Liverpool dengan kehebatannya.

Melissa Kemerahan menyatakan:

“Berkenaan dengan Takumi Minamino, saya ada menemuramah beberapa pegawai Salzburg minggu ni. Dan deal ini sudah dipersetujui pada asasnya, untuk perpindahan pada Januari nanti.”

“£7.25 juta untuk pemain sehensem dan selincah ini adalah satu perampokan yang nyata. Beliau adalah bakat sebenar dalam pasukan dari Austria itu dan bintang sebenar Salzburg.”

“You suka?”

Selain itu, abang James Pearce pula menegaskan:

“Liverpool memulakan langkah untuk mendapatkan Takumi Minamino kerana turut menarik minat pasukan Bundesliga serta pasukan Serie A. Shaminamina mino ei ei, juga dipercayai menarik minat pasukan Manchester United.”

“Liverpool percaya nilai pemain tersebut sekitar £20 dan ke atas. Ini yang membuatkan klausa pelepasan yang ada padanya sektitar £7.25 juta sangat menarik.”

“Juga difahamkan bahawa Minamino akan menyertai Liverpool. Kita jangka itu yang akan berlaku. Perbincangan yang mengujakan.”

Segalanya sudah kita semua jangka apabila Minamino ini memberikan sakit jantung kepada kita semua. Klopp dengan wajah jahatnya di tepi padang sudah menyatakan: “Kau tunggu nasib kau.”

Ini bukti video yang kami terima:

Liverpool jelas sekali mahu menambah kualiti pada squad depth untuk memastikan mereka tak kaput dalam persaingan liga selepas Januari.

Liverpool tak berbelanja untuk pra musim lalu. Cuma mendapatkan beberapa budak basikal lajak untuk diserap ke dalam pasukan.

Kehadiran Minamino mungkin akan menjadi pemain penting buat Jurgen Klopp.

Minamino boleh bermain di semua posisi di serangan termasuk no.10, wing attacker, second striker serta false 9.

LIVERPOOL, ENGLAND – OCTOBER 02: Takumi Minamino of Salzburg celebrates after scoring their 2nd goal during the UEFA Champions League group E match between Liverpool FC and RB Salzburg at Anfield on October 2, 2019 in Liverpool, United Kingdom. (Photo by Simon Stacpoole/Offside/Offside via Getty Images)

Memang dia kena dengan ekosistem kita yang ada pada hari ini. Beliau boleh menjadi bekap kepada Firmino dan siap pakej Salah dan Mane sekali.

Namun buat masa ini, ianya masih belum dimeterai secara rasmi. Pasti Minamino sedang mendapat panggilan daripada Mane yang berkongsi cerita dengan beliau bagaimana dia menyertai Liverpool.

Baca yang lain

RASMI: Romel Morales Sertai JDT

Romel Morales secara rasminya diperkenalkan sebagai pemain baharu JDT. Pengenalan rasmi pemain itu dibuat sebentar tadi dalam satu video ringkas. Romel Morales