Video: Minamino Telah Memulakan Latihan Pertama Bersama Liverpool

Pemain kebangsaan Jepun yang baru dibeli dari RB Salzburg, Takumi Minamino telah tiba di Anfield dan memulakan latihan pertama bersama Liverpool.

Pemain berusia 24 tahun ini (Minamino), telah dibawa masuk ke Anfield dengan nilai perpindahan sebanyak £7.5 juta.

Ianya merupakan angka yang terdapat pada kluasa pelepasan pemain itu. Liverpool sekali lagi berjaya melakukan tugas yang baik dalam pembelian pemain. Ramai yang tak tahu akan klausa pelepasan tersebut.

Nampak sweet ja Minamino ni menjeling Mo Salah

Sewaktu ketibaan Minamino di Melwood, beliau juga telah disambut dengan mesra oleh pemain, pengurus dan barisan kejurulatihan yang lain.
Antaranya ucapan selamat datang penuh semangat oleh Sadio Mane.

Shaqiri antara pemain yang turut sempat menyapa Minamino ketika beliau tiba di Melwood. Seterusnya beliau juga bertemu dan mengembang dengan bos barunya, Jurgen Klopp.

Adrian juga sempat untuk mengucapkan selamat datang kepada Minamino di laman Twitter.

Minamino sempat juga melihat port beliau di bilik persalinan dan tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambar.

Minamino telah dibawa masuk bagi memperkuatkan barisan pemain Liverpool dan sekaligus menambahkan lagi variasi dan pilihan Jurgen Klopp di bahagian serangan Liverpool.

“Dia (Minamino) boleh bermain di semua posisi di bahagian serangan. Dan mungkin dia ni boleh main di role no 8 juga. Kita akan lihat bagaimana nanti.” jelas Klopp.

Keterujaan peminat Liverpool untuk menanti Minamino tiba akhirnya telah direalisasikan.

Beliau juga dijangka boleh diturunkan pada perlawanan FA Cup pada 5 Januari menentang Everton di Anfield.

Selain Minamino, Nathaniel Phillips juga telah memulakan latihan bersama Liverpool.

Nat Phillips telah dipanggil pulang dari pinjaman ke Stuttgart FC untuk memperkuatkan lagi barisan pertahanan Liverpool yang mengalami krisis kecederaan.

Kau boleh layan video latihan pertama Takumi Minamino di sini juga.

Kami mengucapkan selamat datang kepada Minamino. Semoga dapat membawa lebih banyak kejayaan kepada Liverpool selepas ini. YNWA

Henshinn!

Sebagai rekod, Takumi Minamino sudah dua kali berhadapan dengan Liverpool dan beliau merupakan masalah utama Liverpool dalam dua aksi tersebut.

Minamino merupakan pemain kebangsaan Jepun. Dan beliau memiliki keupayaan untuk menjadi playmaker serta beraksi di kesemua posisi serangan.

Baca yang lain

Bayern Munich Mahu Unai Emery

Pengurus Aston Villa, Unai Emery kini berada dalam radar Bayern Munich. Bekas pengendali PSG dan pemenang beberapa trofi UEL itu menunjukkan hasil