Minggu Indah Buat Peminat Liverpool

Minggu ini merupakan saat indah sebagai sebagai peminat Liverpool.

1. Liverpool bakal menandatangani Takumi Minamino pada Januari 2020.

Liverpool dilaporkan telah bersetuju untuk membawa Minamino masuk pada Januari akan datang, dengan klausa pelepasan sebanyak 7.25 juta pound.

2. Jurgen Klopp melanjutkan kontraknya sehingga 2024.

Klopp telah bersetuju untuk kekal bersama Liverpool, 5 tahun lagi dan ingin mengecapi lebih banyak kejayaan bersama Liverpool. Malah Klopp juga menegaskan Liverpool terlalu istimewa untuknya.

3. James Milner menandatangani kontrak baru bersama Liverpool selama 2 tahun sehingga 2022.

Berita gembira, salah seorang pemain senior Liverpool bakal bersama Liverpool 2 tahun lagi. Pemain versatile ini merupakan salah seorang pemain yang sangat berpengaruh bagi skuad Liverpool.

Milner kekal di Liverpool hingga 2022

4. Liverpool mengutip  3 mata penuh menentang Watford.

Pada perlawanan semalam Liverpool telah mengutip 3 mata penuh dan mengukuhkan kedudukan di persada liga.

5. Cleansheet

Liverpool juga telah memperoleh cleansheet, 3 cleamsheet dalam 3 perlawanan berturut-turut. Bournemouth, Salzburg dan Watford.

6. Leicester sekadar seri 1-1 bertemu Norwich

Leicester pula sekadar seri menentang Norwich. Sekaligus, telah mengukuhkan lagi kedudukan Liverpool di puncak Liga.

7. 10 point clear! Liverpool terus menjarakkan kedudukan mata dengan Leicester City di tempat kedua.

10 mata!! 10 mata dipuncak liga. Mengesahkan Liverpool sebagai juara Natal musim 19/20.

8. Liverpool mengutip 49 mata dari 51 mata. Iaitu dengan 16 kemenangan dari 17 perlawanan dan hanya 1 seri.

Satu perjalanan yang hampir sempurna. Liverpool hanya seri sekali dalam kempen liga musim ini.

9. Masih kekal unbeaten.

Liverpool masih kebal di Liga Inggeris. Malah masih kebal di halaman sendiri. Liverpool juga merupakan satu-satunya pasukan yang masih belum tewas diantara 5 liga utama Eropah.

10. Semakin kukuh dikemuncak liga

Sudah semestinya, masih kebal di kemuncak liga.

11. Melayakkan diri round 16 UCL sebagai juara kumpulan.

Liverpool telah menewaskan RB Salzburg, 2-0. Hal ini telah mengesahkan Liverpool ke peringkat kalah mati UCL.

12. Manchester United sekadar seri bertemu Everton.

Keputusan seri atau kalah skuad Manchester United sentiasa mengembirakan peminat Liverpool.

Apa lagi kau nak? Baik buat permintaan sekarang.

Semoga musim 19/20 bakal menjadi penamat yang gembira buat kita semua.

Apa lagi tak cukup? Kau tambah di ruangan komen sekarang.

 

Baca yang lain

Xavi Nekad Tinggalkan Barca

Xavi Hernandez menyatakan bahawa dia sudah nekad mahu meninggalkan Barcelona pada akhir musim ini. Xavi beberapa bulan lalu mengesahkan dia sudah mencapai