Minggu Indah Eriksen: Skor Untuk Denmark & Brentford Selepas Detik Sukar Kerana Serangan Jantung

Christian Eriksen menjaringkan gol pertamanya untuk Brentford dalam kemenangan mengejut 4-1 ke atas Chelsea.

Empat daripada gol Brentford dijaringkan dalam tempoh 14 minit yang menakjubkan pada separuh masa kedua, terutamanya ketika Eriksen membantu melakar kemenangan penting buat Brentford dalam perjuangan mereka mengelak penyingkiran.

Chelsea kelihatan berada di landasan untuk kemenangan sekali lagi apabila Antonio Rudiger meletakkan pasukan tuan rumah di hadapan di Stamford Bridge. Pemain pertahanan Jerman itu melakukan rembatan deras dari jarak kira kira 36 meter. Rudiger melepaskan tembakan bak peluru untuk menewaskan David Raya.

Tetapi hanya selang dua minit kemudian Brentford bertindak balas, dan menyamakan kedudukan menerusi Vitaly Janelt dengan gol dari luar kotak penalti.

Empat minit kemudian, Brentford di depan. Bryan Mbeumo melorongkan bola cantik untuk disudahkan Eriksen.

Ia adalah gol pertamanya untuk Brentford sejak menyertai kelab itu secara percuma pada Januari 2022. Ia adalah detik kemuncak kepada kebangkitan yang luar biasa untuk Eriksen, yang mengalami serangan jantung ketika bermain untuk Denmark di Euro 2020 musim panas lalu.

Ia menjadi lebih indah untuk pelawat hanya beberapa minit kemudian, apabila Janelt sekali lagi menewaskan Edouard Mendy.

Pemain gantian separuh masa kedua, Yoane Wissa kemudian melengkapkan jaringan pada masa kecederaan untuk memastikan kemenangan bersejarah untuk Brentford.

Ia adalah kemenangan pertama Brentford ke atas Chelsea sejak 1939.

Karier Eriksen selepas serangan jantung

Tumpuan pastinya kepada Eriksen. Dia sebelum ini terpaksa dilepaskan oleh Inter Milan dengan penamatan kontrak atas persetujuan berssama.

Ini kerana peraturan di Itali yang melarang pemain dengan alat bantuan jantung daripada beraksi di dalam sukan profesional.

Peraturan itu terpakai kepada semua acara sukan profesional di Itali.

Ramai yang merasakan bahawa ianya adalah pengakhiran karier untuk Eriksen. Namun pemain itu tidak berputus asa. Dia kembali berlatih dengan Ajax untuk mengembalikan kecergasannya.

Kemudian Eriksen mengumumkan bahawa dia mahu kembali beraksi di liga profesional dengan EPL menjadi destinasi pilihannya.

Brentford menjadi kelab EPL yang terus menghubungi Eriksen dan menawarkan kontrak profesional. Eriksen melakukan pemeriksaan medikal yang sangat rumit.

Dia berjaya melepasi ujian tersebut dengan lulusnya. Pada Januari, Bretnford akhirnya mengumumkan Eriksen sebagai pemain baharu mereka.

Eriksen benar benar memberikan impak di atas padang. Dengan kualiti dan pengalamannya. Dia kemudian dipanggil semula untuk memperkuatkan skuad kebangsaan Denmark.

Dalam penampilan pertamanya untuk negaranya sejak dia mengalami serangan jantung semasa perlawanan, Christian Eriksen menjaringkan gol, hanya dua minit selepas masuk sebagai pemain gantian untuk Denmark ketika menentang Belanda dalam perlawanan persahabatan pada hari Sabtu minggu lalu.

Selepas memasuki padang sebagai pemain gantian separuh masa untuk Jesper Lindstrom, Eriksen membuat impak serta-merta, melepaskan rembatan kali pertama ke sudut atas jaring dengan sentuhan pertamanya untuk mengurangkan pendahuluan Belanda kepada 3-2 dalam yang mesra Amsterdam.

Ketika dimasukkan, Eriksen mendapat tepukan gemuruh daripada penyokong di dalam stadium.

Belanda menang 4-2 namun Eriksen hampir mendapatkan gol kedua impian apabila terkena tiang.

Gol dalam perlawanan itu adalah gol pertama Eriksen dalam mana-mana pertandingan sejak 23 Mei 2021 untuk Inter Milan.

Dia tidak bermain untuk Denmark sejak perlawanan pembukaan Euro 2020 menentang Finland Jun lalu, apabila dia rebah selepas mengalami serangan jantung.

“Saya gembira menunjukkan saya masih boleh bermain. Rasanya saya seperti tidak pernah berjauhan daripada pasukan,” kata Eriksen kepada Dutch TV.

“Ia agak emosional untuk kembali ke pasukan kebangsaan tetapi saya hampir tidak terlepas sebarang perlawanan sejak 10 tahun lalu jadi saya seperti sebahagian daripada keluarga.”

Johan Cruyff Arena adalah pentas yang sesuai untuk kemunculan semula antarabangsanya. Di sanalah dia mencipta namanya selama lima tahun di Ajax apabila dia beralih daripada remaja muda kepada nama besar di Eropah.

Dia menyertai Tottenham Hotspur pada 2013 dan bermain di final Liga Juara-Juara 2019. Selepas tujuh tahun di kelab London, dia berpindah ke Inter, di mana dia memenangi kejuaraan Liga Itali.

Apa yang pasti, kisah Eriksen benar benar memberikan inspirasi kepada kita semua.

 

Baca yang lain

UEL: Liverpool Rasminya Tersingkir

Liverpool berkunjung ke markas Atalanta dengan membawa defisit 3 gol dari Anfield. Misi mereka adalah menjaringkan 3 gol dan cuba mengelak bolos.