Minggu Lalu Umum Nak Kekal, Kini Maguire U Turn Mahu Sertai West Ham Pula

West Ham United sebelum ini dilaporkan menamatkan minat ke atas Harry Maguire setelah berputus asa menunggu proses pemain itu dengan Man United.

Man United dan West Ham sebenarnya sudah mencapai kesepakatan harga Maguire sekitar £30 juta.

Dengan pengurus Hammers, David Moyes benar benar berharap perpindahan itu dimeterai.

Malangnya ketika itu Maguire dilaporkan perlu menyelesaikan tuntutan pampasan £7 juta daripada Man United. Sebagai cover untuk baki gajinya dengan kelab itu berdasarkan kontrak.

Hal ini kerana Maguire sedia meneirma pengurangan gaji di kelab West Ham United.

West Ham yang menyampah menunggu proses terlalu lama telah beralih kepada Mavropanos dan menandatangani bekas pemain Arsenal itu. West Ham setuju membayar £17 juta untuk pemain tersebut.

Maguire kemudian memberitahu West Ham bahawa dia mahu terus kekal di Man United.

Sekarang ini keadaan kembali berubah. Maguire dikatakan terbuka mahu menyertai West Ham. David Moyes pula berminat untuk mendapatkan pemain itu secara pinjaman.

Idea itu tidak menarik perhatian Man United yang mahukan pemain itu hanya dibeli dengan perpindahan tetap.

Seterusnya Erik Ten Hag menegaskan bahawa masa sudah terlalu suntuk untuk mereka mencari bek tengah baharu menggantikan Maguire selepas pemain itu sebelum ini menyatakan dia mahu kekal.

Seterusnya Man United memang tidak suka dengan perpindahan pinjaman untuk Maguire atau beberapa pemain lain lagi.

Mereka hanya mahukan aliran wang masuk secara tetap. Ini untuk membolehkan mereka mencari pengganti baharu dengan tanpa risau pasal FFP.

West Ham pula sudah berbelanja besar untuk bahagian tengah dan menmbeli bek tengah baharu.

Man United sudah memberikan amaran kepada West Ham sebelum ini agar mereka bertindak segera mendapatkan Maguire namun ianya tidak berlaku kerana kelab itu tiba tiba menghentikan rundingan.

Namun harus difahami bahawa West Ham pun tidak mahu menunggu terlalu lama kerana Maguire dan Man United berterusan gagal mencapai kesepakatan untuk pelepasan pemain itu.

Jadi, rumitnya situasi ini membuatkan ramai merasakan bahawa Maguire akan terus kekal selepas deadline day untuk jendela perpindahan kali ini.

Erik Ten Hag tidak ada masalah untuk melihat Maguire kekal.