Pemerintah Kota Minneapolis, Amerika Syarikat, memutuskan untuk melarang anggota polis tempatannya menggunakan teknik mengunci tubuh dengan cara menekan lutut ke bahagian kepala atau leher suspek, selepas insiden yang mengorbankan George Floyd, pada 25 Mei lalu.
Mereka menyatakan teknik yang dinamakan chokeholds itu telah dinilai sebagai berbahaya.
Keputusan itu diambil setelah Aktivis Hak Asasi Manusia Negara Bahagian Minnesota mengajukan penyelidikan atas kematian Floyd.
Dipetik dari Associated Press, pada hari ini, pemerintah bandar Minneapolis juga memerintahkan kepada semua anggota polis untuk segera menghentikan jika ada rakan mereka masih menggunakan teknik tersebut ketika bertugas.
Gabenor California, Gavin Newsom, juga turut memerintahkan polis kawasan mereka untuk tidak sesekali menggunakan teknik tersebut. Ini kerana ianya mampu membawa kepada kecelakaan.
Namun Newsom memberikan kelonggaran kepada pentadbiran tempatan masing-masing untuk menentukan sama ada mahu meneruskan ataupun mengharamkan chokeholds oleh polis.
Jabatan Sheriff San Diego telah memutuskan untuk berhenti menggunakan teknik tersebut.
Kematian George Floyd yang mencetuskan tunjuk perasaan meluas di seluruh AS telah diumumkan sebagai kes pembuhuhan selepas bedah siasat rasmi dilakukan.
Lelaki berusia 46 tahun itu telah mengalami serangan jantung ketika ditahan oleh polis Minneapolis.
Punca kematian itu disebabkan cardiopulmonary arrest complicating law enforcement, pengekangan dan tekanan di leher.
Sementara itu Donald Trumph menegaskan akan menggunakan tentera untuk menghentikan rusuhan yang berlaku di seluruh negaranya.
Sebuah video menunjukkan seorang pegawai polis kulit putih kekal berlutut di leher Floyd walaupun dia mengaku tidak dapat bernafas telah menimbulkan kemarahan orang ramai.
Kejadian itu telah menyebabkan tunjuk perasaan di seluruh AS dan tahap kerusuhan sivil yang tidak pernah disaksikan sejak beberapa dekad sebelum ini.
Pegawai tersebut, Derek Cauvin telah didakwa dengan pembunuhan tahap 3 dan akan hadir ke mahkamah pada minggu depan.
3 lagi pegawai polis yang berada di tempat kejadian telah dipecat serta merta.
Floyd mengalami serangan jantung ketika ditahan oleh pengawai penguatkuasa pada 25 Mei. Laporan itu mengatakan Floyd meninggal akibat asfiksia (kekurangan oksigen) akibat tekanan pada leher dan punggungnya.
Pihak kesihatan yang dilantik keluarga Floyd juga mengatakan kematian itu adalah pembunuhan.
“Penyebab kematian menurut saya adalah disebabkan asfiksia, kerana tekanan pada leher yang boleh mengganggu aliran oksigen mengalir ke otak dan mampatan di bahagian belakang.” kata Doktor Michael Baden, bekas kakitangan perubatan New York City pada siding akhbar.
Benjamin Crump, seorang peguam yang mewakili keluarga Floyd berkata “Tidak syak lagi dia akan hidup hari ini jika tidak kerana tekanan yang dilakukan ke atas lehernya oleh pengawai Derek Chauvin dan tekanan di badannya oleh 2 pegawai lain.