Minta Gaji Lebih Besar Daripada Arteta, Punca Man United Tamatkan Rundingan Dengan De Zerbi

Santi Aouna mendedahkan bahawa Man United sebelum ini mengadakan rundingan dengan Roberto De Zerbi untuk menggantikan Ten Hag.

Gaya bola sepak De Zerbi menjadi sebab utama kenapa United mahukan pengurus itu. Selepas beberapa minggu dikaitkan dengan United, De Zerbi pula melepaskan jawatan di Brighton kerana tidak sehaluan dengan pengurusan tertinggi kelab dari segi hala tuju kelab.

Ianya peluang terbaik untuk United mendapatkan pengurus asal Itali itu. Ketika itu United dikatakan sudah memutuskan untuk memecat Ten Hag tidak kira apa hasil dicapai dalam final Piala FA.

Tetapi selepas itu Ten Hag benar benar menang Piala FA menewaskan Man City di final. Dia mulai mendapat sokongan ramai pihak terutama sekali pundit dari kalangan bekas pemain United dan penyokong Red Devils itu sendiri.

United mulai berunding dengan beberapa nama untuk dibawa masuk ke Old Trafford. Dan Santi Aouna Roberto De Zerbi meminta €10 juta semusim untuk menyertai Man United. Membuatkan rundingan itu gagal.

Ini selepas De Zerbi tak mahu menurunkan permintaan gajinya pada masa itu.

Akhirnya Man United memutuskan untuk tidak meneruskan rundingan dan kemudian berunding kembali dengan Ten Hag untuk kontrak baharu. United kekalkan Ten Hag untuk musim hadapan. Dan rundingan kontrak baharu sedang berjalan.

Roberto De Zerbi pula menerima tawaran daripada Marseille yang nilai gaji jauh lebih rendah daripada yang ditawarkan United dan juga sangat jauh daripada permintaan €10 juta yang dia minta daripada Red Devils.

United menganggap permintaan €10 juta sebagai tidak masuk akal untuk seorang pengurus yang hanya terbukti bagus dalam pengendalian taktikal namun tidak pernah mengendalikan kelab sebesar United.

Sebagai perbandingan Mikel Arteta menerima gaji sebanyak €9.85 juta semusim dengan Arsenal pada masa ini. Ianya selepas Arteta cemerlang membantu Arsenal menamatkan dua musim berturut turut sebagai naib juara EPL.

De Zerbi akan menyertai Marseille di Perancis. Atas alasan dia lebih yakin membina projek di sana berbanding dengan di United yang dianggap terlalu banyak kerja perlu dilakukan.

Selain daripada United, De Zerbi turut ada berunding dengan Chelsea. Namun kelab London itu kemudian berjaya mencapai kesepakatan dengan Enzo Maresca.

De Zerbi juga antara calon untuk mengisi kekosongan di Bayern Munich. Namun laporan BILD menyebut, gaji juga menjadi faktor kenapa Bayern lebih tertarik melantik Vincent Kompany.