Pelumba Suzuki dari Sepanyol, Joan Mir mulai semakin berani memberikan komen setelah memenangi podium di MotoGP Emilia Romagna.
Mir merupakan pelumba paling cemerlang dalam tiga perlumbaan terakhir. Menjadikan beliau kini di landasan persaingan kejuaraan.
Ketika ini Joan Mir menduduki tempat keempat dalam kedudukan dengan empat mata dari pendahulu, Andrea Dovizioso.
Pada hujung minggu lalu beliau menyindir Quartararo dua kali. Sebelum berlima beliau menyindir Quartararo yang menurutnya lebih tahu hal motosikal Suzuki berbanding dia.
Selepas perlumbaan beliau menyindir Quartararo dengan menyatakan mustahil pelumba tu tak lihat ataupun mendengarnya amaran.
Kini, Mir dengan terbuka meragui kualiti pelumba Honda Marc Marquez.
Pada ketika ini, Marc Marquez masih bergelut dan berusaha untuk memulihkan kecederaannya.
Ramai orang mengatakan bahawa pelumba lain mendapat manfaat daripada ketiadaan jaguh yang digelar Baby Alien.
Namun, ini dibantah oleh Joan Mir. Mir berkata, sekiranya Marquez tidak cedera dan bertanding, dia mungkin sukar untuk menang.
“Saya ingin tahu apa yang akan dilakukan Marquez sekiranya dia berada di sana (dalam pertandingan).”
Joan Mir has now scored more points (49) than any other rider in the last three rounds 😅#MotoGP pic.twitter.com/luSXVZXtN6
— CRASH.NET/MotoGP (@crash_motogp) September 17, 2020
“Pada mulanya, dia turun ke perlumbaan pertama dan saya tidak memperhatikannya dengan jelas. Ada sesuatu dalam kejuaraan kali ini yang menjadikan semua pelumba setara, “kata Joan Mir.
“Marquez memang paling banyak untuk gelaran (kejuaraan) , tetapi kami juga tidak dapat mengatakan bahawa dia dapat memenangi perlumbaan di setiap trek,” tambah beliau
Joan Mir merujuk kepada perlumbaan pertama musim ini, di litar Jerez, Sepanyol. Pada ketika itu, Marquez, yang tidak cedera, dan aksinya kelihatan sangat mengecewakan.
Oleh itu, Mir percaya, pelumba berusia 27 tahun itu tidak terlalu istimewa.
“Pada perlumbaan pertama, dia sudah gagal. Ini sesuatu yang tidak pernah kita ketahui, tetapi ada sesuatu yang menjadikan kejuaraan ini menarik,”tegasnya.
Selepas perlumbaan minggu lalu, media telah bertanya tentang peluang Joan Mir untuk menang musim ini.
Namun, Mir menyatakan beliau tidak memikirkannya.
Kerana, katanya, persaingan masih panjang. Terdapat beberapa perkara yang masih perlu dimaksimumkan.
Namun, cita-citanya pasti ada, terutama kerana dia tampil mengagumkan dalam siri sebelumnya.
“Saya berasa seperti bertanding merebut gelaran dunia. Saya tidak benar-benar memikirkannya kerana masih ada banyak mata untuk dipertandingka.
“Tetapi memang benar kita sudah separuh jalan dan rasanya musim ini baru bermula di sini.”
Walaupun begitu Mir antara pelumba yang merindui aksi di Litar Sepang. Beliau meluahkan kerinduan itu ketika Hari Malaysia yang lalu pada 16 September.
Selamat Hari #Malaysia!! 🇲🇾
Satu kerinduan tahun ini kerana tidak dapat berlumba di hadapan peminat-peminat @MotoGP Malaysia yang sentiasa bersemangat!Happy #MalaysiaDay!! 🇲🇾
This year we will miss racing in front of such passionate and nice #MotoGP fans! pic.twitter.com/72Q3figaIR— JoanMir36 (@JoanMirOfficial) September 16, 2020