Joan Mir memusnahkan harapan Valentino Rossi untuk meraih podium di MotoGP San Marino dengan memintas legenda itu di pusingan terakhir.
Selepas mendidik Rossi, Mir kemudian meminta maaf kepada The Doctor.
Pelumba Monster Energy Yamaha itu berada di kedudukan kedua di belakang Franco Morbidelli sejak pusingan pertama.
Dengan baki enam pusingan lagi dalam perlumbaan, Rossi kehilangan tempat kedua setelah dipingas oleh Francesco Bagnaia.
4 brand new winners
12 different podium finishersThere is NOTHING quite like the 2020 #MotoGP season! #SanMarinoGP | #FrankySaysRelax pic.twitter.com/1YJIkv4WX2
— MotoGP™ (@MotoGP) September 13, 2020
Juara dunia sembilan kali kemudian berada di tangga ketiga ketika memasuki pusingan akhir.
Pada pusingan terakhir, Valentino Rossi akhirnya kehilangan kedudukan podium.
Joan Mir mengejarnya dan memastikan tempat ketiga miliknya, menamatkan saingan di belakang Morbidelli dan Bagnaia, sementara Rossi harus berpuas hati di tangga keempat.
Keputusan ini menjadikan Mir berjaya menaiki podium di MotoGP 2020 buat kali kedua. Sebelum ini, pelumba berusia 22 tahun itu memenangi tempat kedua di MotoGP Austria.
Mengenai kejayaannya di podium dengan mengalahkan Rossi, Mir menganggap bahawa ini adalah perkara biasa dalam perlumbaan.
Namun, pelumba Sepanyol itu tetap meminta maaf kepada The Doctor kerana telah menggagalkan hasrat beliau untuk naik podium di MotoGP San Marino. Ditambah Rossi adalah pelumba tuan rumah.
“Saya meminta maaf kepada Vale, tapi itulah adat berlumba. Saya kuat di pusingan akhir perlumbaan. Valentino layak berada di podium, tetapi tidak mungkin kali ini,” kata Mir kepada Speedweek.
Joan Mir feels sorry about taking the podium place from Valentino Rossi: "In the race, however, he was just an object, I didn't think about who he was, I just wanted to overtake him." Rins: "Forearm pain, I'm still not at 100% " https://t.co/8lk9990drQ pic.twitter.com/WowXScJV4i
— gpone.com (@gponedotcom) September 13, 2020
“Saya harus mengakui bahawa jika saya mempunyai masalah kestabilan dengan tayar baru, saya tidak dapat menggunakan tayar seperti yang saya mahukan.”
“Sangat gembira berada di podium di Misano untuk pertama kalinya. Alex Rins pada awalnya kuat, tetapi pada akhirnya saya lebih kuat dari dia. Dia tidak dapat mengatasi Vale, saya tidak tahu mengapa,”.
Hope you enjoyed the race as much as I did!#SanMarinoGP @MotoGP
¡Espero que hayáis disfrutado la carrera tanto como yo! pic.twitter.com/SqEiSNPrCS— JoanMir36 (@JoanMirOfficial) September 13, 2020
“Ketika saya mengalahkan Rins, Vale berada di depan saya dan saya dapat mengalahkannya dengan bersih.”
“Saya juga berusaha mengejar masa Bagnaia, saya melihat dia menglhadapi masalah di sektor akhir,” kata Joan Mir lagi.
Rossi mengakui dia melakukan kesilapan kecil pada saat akbor dan Mir sangat kuat ketika itu.
“Saya melakukan dengan baik pada awalnya di pusingan terakhir perlumbaan. Namun pada hujung pusingan itu saya melakukan sedikit kesilapan dan Mir akhirnya dia dapat mengatasi saya. Dia sangat kuat. Dan ini sangat memalukan, dipintas dengan hanya tinggal 2km lagi, “jelas Rossi.
“Tetapi ini tetap merupakan hujung minggu yang baik dan perlumbaan yang baik untuk saya. Saya menunggang dengan baik dan sentiasa bertenaga.”
“Semasa perlumbaan saya sedikit menderita di bahagian depan dan belakang. Franco lebih baik daripada saya.”
“Saya rasa kita dapat memperbaiki tiga atau empat perkara untuk minggu depan, apabila kita mempunyai satu lagi peluang lain. Ini menjadikan saya lebih gembira, kerana kita dapat mencuba lagi.”
“Rasanya hebat juga apabila ada peminat di trek untuk pertama kalinya musim ini.”
“Lebih kurang semua orang berwarna kuning! Tidak semua orang melainkan bahagian utama. Ia sangat baik. Terima kasih atas sokongan kerana selalu istimewa.”
A well-earned podium! @JoanMirOfficial is now 4th in the Championship! #SanMarinoGP | https://t.co/QeGXCtdKUA
— MotoGP™ (@MotoGP) September 13, 2020
Rossi kini terikat mata dengan rakan sepasukan Monster Yamaha, Maverick Vinales untuk tempat kelima dalam carta kejuaraan dunia, 18 mata di belakang pendahulu baru Andrea Dovizioso (Ducati).