Mir Sindir Quartararo: “Takkanlah Dia Tak Nampak Amaran”

Pelumba Suzuki Ecstar Team, Joan Mir, menyindir pelumba Team SRT Petronas Yamaha, Fabio Quartararo ketika berada di MotoGP Emilia Romagna 2020.

Dia meragui pernyataan Quartararo, yang mendakwa dia tidak melihat peringatan kerana melanggar peraturan had trek.

Dalam erlumbaan yang berlangsung di Litar Misano pada hari Ahad lalu ternyata sangat mengecewakan Quartararo.

Walaupun, dia berjaya menamatkan perlumbaan di tempat ketiga, tetapi dia harus menerima penalti.

Ini kerana, Pengarah Perlumbaan telah menyatakan bahawa Quartararo telah melanggar peraturan had trek.

Pengarah Perlumbaan juga mengakui telah memberi amaran kepada Quartararo bahawa dia telah melakukan kesalahan tersebut.

Walaubagaimanapun, Quartararo tidak mengendahkan amaran tersebut.

Hasilnya, Pengarah Perlumbaan menghukum Quartararo dengan penalti pusingan panjang pada akhir pusingan. Malangnya, Quartararo juga tidak melaksanakan hukuman tersebut.

Oleh kerana itu Quartararo menduduki tempat ketiga, telah dikenakan penalti tiga saat masa tambahan.

Keadaan ini menjadikan pelumba pasport Perancis itu harus rela turun dari podium dan berada di tempat keempat.

Joan Mir juga mengalami perkara ini ketika dia tiba di MotoGP Austria 2020.

Dia mengakui bahawa dia terlepas pandangan mengenai amaran yang dia akui tidak dapat dilihat.

Namun, di sektor lain, dia kemudian dapat melihatnya dan melihat peringatan itu.

Mir, yang berjaya menduduki tempat kedua di MotoGP Emilia Romagna 2020. Dia merasa pelik jika Quartararo tidak melihat papan amaran.

Mir lagi pelik apabila Quartararo mengamuk selepas perlumbaan dan menyatakan dia tak diberikan arahan ataupun amaran.

Mir berkata: “Saya tidak melihat papan amaran di Austria pada bendera merah pertama dalam perlumbaan pertama. ”

“Tetapi (saya tidak melihatnya) hanya untuk satu sektor sahaja, kerana saya melihatnya di sektor berikutnya, “kata Mir kepada GP One.

“Ianya bendera merah, jadi saya tidak melihat mesej di motosikal. Tetapi saya hanya melihat bendera. Cuma perkara seperti ini berlaku pada saya,” tambahnya.

“Anda mungkin tidak melihat mesej di sektor pertama, tetapi selepas itu anda akan melihatnya.”

“Biasanya anda melihat papan skor, pelik jika tidak melihat mesej seperti itu. Itu tidak pernah berlaku kepada saya, “dia menyindir Quartararo yang seolah beralasan dan tidak dapat menerima kekalahan.

Selepas perlumbaan tersebut, Quartararo kecewa dan terus pergi ke belakang garaj pasukannya.

Beliau benar benar kecewa kerana terlepas podium pada kali ini di pusingan terakhir.

Semasa sesi temu ramah, Fabio Quartararo menyatakan  tahu dia telah melanggar had trek, tetapi dia menyatakan dia tidak menerima peringatan mengenai hukuman yang diterimanya.

“Saya diberikan hukuman untuk satu yang panjang, tetapi pihak pengurusan perlumbaan tidak memberikan saya amaran di skrin. Saya sedikit terkejut setelah dimaklumkan kepada saya pada perlumbaan.”

“Sekiranya saya tahu bahawa saya telah menerima amaran, saya akan lebih berhati-hati. Ketika anda menunggang motosikal, anda tidak dapat melihat apa yang berlaku, “tambah Fabio Quartararo.

Quartararo juga mengakui bahawa dia juga turut tidak menerima mesej daripada pasukannya mengenai hukuman tersebut.

“Mungkin pasukan akan memberikan maklumat kepada saya melalui pit board di masa akan datang. Buat masa ini saya merasa sangat kecewa,” kata Quartataro.

Beliau turut menjelaskan keadaan itu menerusi Twitternya.

“Gembira dengan perlumbaan saya hari ini, berada di P3, namun saya dikenakan penalti kerana track limit. Saya tak dapat amaran ataupun sebarang mesej daripada pegawai perlumbaan berkenaan track limit warning.”

“Terima kasih kepada pasukan saya dan semua orang di sekeliling saya. Jumpa lagi di Barcelona.”

Ini bukan pertama kali Mir menyindir Quartararo. Sebelum ini dia menyindir Quartararo yang sebelum itu menganggap motosikalnya adalah sempurna.

“Saya tak tahu pula dia [Quartararo] dah cuba Suzuki saya ni.”

“Bagus sekali apabila ada orang lain yang lebih tahu tentang motosikal kamu, lebih dari kamu sendiri.”

Baca yang lain