Miracle in Cell No 7 bercerita tentang Lee Yong Goo (Ryoo Seung-Ryong), seorang ayah yang mengalami masalah kemunduran mental
Dia ada seorang anak perempuan kecil bernama Ye Sung lakonan Kal So-won untuk watak kecil; dan star Park Shin Hye (Ye Sung dewasa).
Walauapun Ye Sung masih kecil. Namun dia banyak membantu ayahnya dalam semua perkara termasuk menguruskan perbelanjaan seperti membayar bil dan yuran sekolah.
Pada suatu hari Ye Sung mahukan beg kuning Sailor Moon. Dan ayahnya telah berusaha untuk mendapatkannya.
Ye Sung dan ayahnya beberapa kali melawat kedai beg tersebut dan melihat beg sailor moon itu. Si Ayah menjadikannya motivasi untuk mencari wang lebih sikit bagi membelikan puterinya itu beg idamannya.
Ayahnya bekerja sebagai penjaga parkir kereta. Ada banyak keperluan lain yang dia utamakan. Namun beg Sailor Moon itu menjadi kehendak – dan dia menyimpan duitnya.
Niat ayah untuk memberikan kejutan kepada anaknya telah berubah menjadi satu tragedi yang mengubah hidup mereka.
Ini apabila ayahnya telah ditahan dan disumbat ke penjara atas tuduhan membunuh kanak-kanak dengan sadistik.
Lee Yong Goo pergi ke kedai beg tersebut kerana duitnya sudah cukup.
Sayangnya, beg itu cuma tinggal satu sahaja lagi dan dibeli oleh pegawai polis untuk anaknya.
Lee Yong Goo mahu membeli beg itu dari mereka. Namun anak polis itu tak mahu dan pegawai polis tersebut bengang dengan Lee Yong Goo yang merimaskannya.
Beberapa hari kemudian, anak polis itu datang untuk menemui Lee Yong Goo, mahu memberitahu bahawa dia ternampak ada satu lagi kedai menjual beg yang serupa.
Namun ketika di tengah perjalanan budak tersebut tergelincir.
Polis mengesyaki Lee Yong Goo telah melakukan pembunuhan dan serangan seksual kepada kanak-kanak atas motif dendam.
Ye Sung terpaksa berpisah dengan Lee Yong Goo. Lee Yong Go pula diperintahkan ke penjara/ Ye Sung dikirim ke pusat jagaan kanak-kanak.
Lee Yong Goo dimasukkan ke dalam penjara sel no.7.
Ye Sung seorang budak yang sangat cerdas dan dia telah menyelinap masuk ke dalam penjara itu.
Di sana, anaknya telah membuatkan banduan sebilik dengan ayahnya menjadi pening kerana mereka boleh kantoi teruk.
Daripada menganggap kanak-kanak itu sebagai beban, mereka mulai membina perhubungan dengan budak kecil itu dan ayahnya.
Lee Yong Goo dijatuhkan hukuman mati. Dan penghuni di penjara itu mulai kasihankan Lee Yong Goo dan berusaha untuk membebaskannya.
Walaupun filem ini sangat sedih namun ianya masih ada beberapa siri babak kelakar melibatkan rakan sebilik penjara Lee Yong Goo yang melayan karenah Ye Sung.
Babak paling sedih adalah ketika Ye Sung berpelukan dengan ayahnya untuk kali yang terakhir. Di mana anaknya tidak tahu bahawa hari itu ayahnya akan pergi selamanya.
Ye Sung membesar dan menjadi seorang peguam. Beliau telah meminta kes ayahnya itu dibuka semula.
Dahulu ayahnya tidak wang untuk mengupah seorang peguam. Ye Sung mahu membersihkan nama ayahnya.
Walaupun ramai yang menuduh ayahnya memang pembunuh, namun naluri Ye Sung kuat menyatakan bahawa ayahnya tidak mampu untuk membunuh dan bukan seorang yang jahat.