Mykhailo Mudryk menjaringkan salah satu gol solo yang luar biasa. Di mana dia menerima bola dari luar kotak penalti dan melakukan gelecekan yang kemas.
Pemain £100 juta itu kerap menjadi subjek kritikan ramai pihak kerana dianggap tidak cukup tajam dalam sumbangan golnya.
Mudryk yang pernah menjadi salah satu bakat muda paling dikehendaki di eropah sebelum ini telah menjadi penjaring gol kemenangan dalam aksi Chelsea berdepan Newcastle.
Chelsea mendahului menerusi Nicolas Jackson pada minit ke-6. Namun pendahuluan Chelsea itu telah disamakan oleh Alexander Isak pada minit ke-43.
Pada separuh masa kedua, Cole Palmer terus membuktikan bahawa dia penyerang terbaik Chelsea musim ini dengan gol kedua untuk The Blues minit ke-57.
Namun gol tercantik dan terpenting berlaku pada minit ke-76, apabila Misha – panggilan manja Mudryk – telah menyambar bola dari luar kotak penalti.
Ianya selepas Gallagher gagal mengawal hantaran rendah Nicolas Jackson, dengan Mudryk terus berlari dan mengayam ayamkan beberapa pemain lawan termasuk penjaga gol dan terus merembat masuk.
Stamford Bridge bergema dengan sorakan peminat yang takjub melihat gol solo tersebut.
Misha gets Stamford Bridge rocking! 🎸#CFC | #CheNew pic.twitter.com/QpblRzl97V
— Chelsea FC (@ChelseaFC) March 12, 2024
Newcastle merapatkan kedudukan paa minit ke-90 untuk memberikan babak babak yang mendebarkan buat tuan rumah pada akhir perlawanan.
Apapun, gol Mudryk itu kekal menjadi perbezaan buat kedua dua pasukan dan Chelsea menang 3-2.
Chelsea kini hanya 1 mata di belakang Newcastle yang berada di tangga ke-10.