Misi 5 Teratas: 2 Gol Situasi Bola Mati Lewat Permainan Kekalkan Kelantan Dalam Landasan ’30 mata’

Kelantan melonjak ke tempat ke-4 Liga Perdana selepas berjaya menundukkan skuad Projek MSN-FAM 2-1 di gelanggang sendiri melalui 2 jaringan lewat perlawanan.

Aksi babak pertama, Kelantan gagal memecah kebuntuan mencari jaringan apabila setiap peluang terhidang berjaya dipatahkan oleh Skuad Projek FAM-MSN.

Pada penghujung babak pertama MSN-FAM yang dibimbing oleh Yusri Che Lah hampir membuka tirai jaringan namun penjaga gawang Kelantan, Mohamad Faridzuean Kamarudin tenang menyelamatkan keadaan.

Faridzuean kembali menggalas tugas menjaga gol pintu gol Kelantan selepas Nik Mohd Amin Ahmad melakukan kesilapan buruk pada perlawanan lepas sehingga pasukan mengigit jadi diikat oleh 1-1 oleh Perak II.

Dalam perlawanan semalam, MSN-FAM lebih mendominasi permainan dan kerap melancarkan serangan ke kubu lawan. Usaha itu berhasil apabila Azhad Harraz Arman berjaya melakukan first touch sempurna hasil hantaran lambung dari tengah padang.

Pemain ini kemudian berada pada posisi 1 lawan 1 berhadapan dengan Faridzuean dan menewaskan penjaga gol itu untuk membuka jaringan pembukaan pada minit ke-54.

12 minit kemudian Harriz Arman hampir menutup perjuangan Kelantan namun percubaannya melewati palang walaupun Faridzuean sudah tertewas.

Tersentak dengan jaringan tersebut Kelantan mula memberi sedikit saingan namun gagal mencipta open chances untuk menghasilkan jaringan.

Kelantan memanfaatkan peluang situasi bola mat1 apabila menjaringkan 2 gol pada 8 minit terakhir permainan.

Pemain center back Kelantan, Christos Intzidis berjaya membaca arah bola yang dilakukan oleh Mario Arques. Intzidis menggunakan kelebihan fizikal yang dimiliki untuk menewaskan fizikal kecil pemain B19 MSN-FAM.

Ketika perlawanan berbaki 1 minit giliran pemain gantian Ismail Ibrahim menjaringkan gol dalam situasi yang sama.

Sepakan percuma dari luar kotak penalti sebelah kanan yang diambil oleh Arques berjaya disambar oleh Ismail untuk jaringan kemenangan pasukan Kelantan.

Kelantan boleh menarik nafas lega kerana masih mampu meraih 3 mata walaupun mempamerkan aksi kurang kreatif di bahagian serangan.

Kemenangan tersebut mengulangi pencapaian menewaskan MSN-FAM dengan jaringan yang sama pada 9 Mac lepas.

Penyokong Kelantan mungkin sedikit kecewa

Penyokong Kelantan mungkin sedikit kecewa apabila pasukan tercicir mata di Perak dan menunjukkan aksi hambar di Kota Bharu.

Selepas liga disamubung semula, Kelantan dijadualkan bertemu lawan lebih mudah pada 2 perlawanan awalnya. Tetapi jika dilihat kebelakang, Kelantan sudah hilang rentak pada 4 perlawanan terakhir sebelum liga berehat.

Selepas mengutip 13 mata dalam 6 perlawanan -lebih manis apabila berjaya menewaskan pasukan lebih baik di atas kertas seperti Kelantan united, PDRM dan Kuching- Kelantan selepas itu hanya meraih 2 mata pada 4 perlawanan seterusnya.

Sekurang-kurangnya Kelantan kini kembali mengutip mata -4 mata dari 2 perlawanan. Kelantan akan menutup jadual bulan Julai dengan melayan kunjungan PDRM pada 28hb dan TFc pada 31hb di Stadium Sultan Moahamad ke-IV.

Misi berada di kelompok 5 terbaik

Secara umumnya semua penyokong sedar, pada musim ini Kelantan menyasarkan menamatkan kempen liga di kelompok 5 pasukan terbaik.

Kedudukan Kelantan akan jatuh ke tangga ke-5 atau ke-6 jika JDT II dan Kelantan United menang dalam perlawanan seterusnya.

Kelantan mempunyai baki 8 perlawanan lagi dan untuk merealisasikan sasarannya, mereka perlu menambah sekurang-kurangnya 12 mata atau merekod 4 menang.

Kutipan mata dan sasaran Kelantan masih berada dalam landasan

Di atas kertas 8 pasukan tersebut merupakan pasukan lebih kuat dari Kelantan namun mengikut rekod pusingan pertama, Kelantan berjaya menewaskan beberapa pasukan pilihan.

6 dari 8 perlawanan tersebut akan berlangsung di Kota Bharu dan ia memberi sedikit kelebihan buat Kelantan disamping kelab boleh menjana sedikit pendapatan melalui siaran langsung.

Nurshamil-Hindle dan Ismail-Hafizan

Sehingga perlawanan ke-12, Nurshamil Ghani terus menjadi sandaran utama Kelantan untuk menjaringkan gol.

Walaupun pemain ini jarang berada dalam kesebelasan utama -hanya 3 kali- namun dia berjaya mencetak 5-6 gol, 4 darinya ketika dia masuk dari bangku simpanan.

9 dari 13 jaringan Kelantan hadir melalui gandingan Nurshamil dan Jack Hindle. Pada rehat musim Kelantan membawa masuk beberapa muka baharu bagi mngurangkan beban 2 pemain ini mencari jaringan.

Pemain baharu Ismail Ibrahim memberi kelegaan apabila dia menjaringkan gol kemenangan pada perlawanan pertamanya (debut) bersama Kelantan.

Dia masuk menggantikan Hafizan Ghazali pada minit ke-56, iaitu seorang lagi pemain baharu yang bermain di unit serangan pasukan.

 

Baca yang lain