Miss Malaysia Poyo Dikecam Kerana Menganggap Orang Kulit Hitam Memilih Dilahirkan Begitu

Ingat lagi tak dengan perempuan yang memakai baju nasi lemak dulu?

Dia adalah pemenang Miss Universe Malaysia 2017, Samantha Katie James.

Kini dia telah menjadi kecaman di media sosial gara gara kenyataan kurang cerdiknya ke atas penunjuk perasaan Black Lives Matter di AS.

Samantha Katie James, 25, menerusi Instagram pada Isnin menyatakan bahawa reaksi ditunjukkan oleh para penunjuk perasaan membuktika orang putih telah menang

“Aku tak duduk di Amerika dan ianya takde kaitan dengan aku, namun bagi aku, nampak gayanya ‘putih’ dah menang.”

“Kalau kau marah marah, memberikan reaksi dengan kemarahan, bermakna mereka ada kuasa ke atas korang semua. Mereka ada kuasa ke atas kamu,” disulami dengan kapsyen: “Manusia bodo.”

James sebelum ini menjadi juara Ratu Warisan China-Brazil Malaysia. Telah menyekolahkan agar orang Amerika-Afrika menganggap ini satu cabaran dan menyatakan mereka semua telah memilih untuk menjadi orang kulit hitam di Amerika.

James kemudian berkongsi Direct Message kepadanya bertanya apa yang dia cuba maksudkan dengan ‘memilih’ untuk lahir sebagai orang kulit hitam? James membalas, ianya dari jiwa. Dan dia menyatakan dia adalah orang putih.

“Jiwa kita memilih kehidupan ini, negara ini, bangsa ini, bentuk manusia ini untuk suatu alasan khusus.”

“Saya selalu tertanya-tanya mengapa saya dilahirkan di Malaysia sebagai gadis berkulit putih dengan ibu Cina dan datuk nenek India dan ayah Brazil.

“Tetapi saya memilih ini semua untuk satu alasan, sebagai jiwa,” tulisnya.

James kemudian mempertahankan pandangannya. Dia berkongsi cerita menyatakan dia juga dikutuk teruk sepanjang hidupnya kerana menjadi orang putih di sekolah tempatan di Malaysia.

Kenyataan Samantha itu terus mendapat perhatian warga maya di mana perkataan “Samantha” dan “Miss Universe Malaysia” menjadi trending.

Ada segelintir meminta gelaran ratu pada Samantha dilucutkan oleh Miss Universe Malaysia.

“Miss Universe Malaysia. Lebih kepada menyembur gas pada api rasisme,” tulis seorang warga Twitter.

Seorang lagi pengguna Twitter menyatakan, Samantha membandingkan sesuatu yang tak kena. Dia kena marah di sekolah bukan sebab rasis. Tetapi sebab dia cuba membawa budaya barat ke sekolah, yang melanggar peraturan.

Mana mana pelajar pun akan kena.

“Kau bayangkan dia membandingkan kisahnya kena marah oleh guru besar kerana membawa budaya barat ke sekolah dengan penghambaan selama bertahun tahun dan rasisme secara insititusi, penderitaan yang ditanggung oleh mereka yang berkulit hitam dan perang.”

Wikipedia Samantha turut diedit sebagai rasis, CEO kepada kebodohan.

Hilang kontrak tajaan

Velvet Vanity telah menamatkan tajaan mereka ke atas Malaysia Samantha Katie James gara gara kenyataan kurang bijaknya.

Dalam kenyataannya, Velvet Vanity menegaskan mereka kecewa dengan kenyataan James dan tidak ada kaitan lagi dengan bekas ratu itu.

“Sejak daripada awal perjalanan kami, kami mendedikasikan diri untuk semua orang tak kira apa warna kulit. Jadi, untuk kami menyokong tindakan James adalah sangat bertentangan dengan nama jenama kami.”

Velvet Vanity turut menyokong Black Lives Matter.

Di, AS keadaan menjadi semakin tegang melibatkan para penunjuk perasaan selepas kematian George Floyd kerana kekejaman polis.

PERHATIAN!

Sempena meraikan ulangtahun kejayaan LIVERPOOL memenangi UCL tahun lepas, kami lancarkan buku yang merakam sejarah paling manis buat kelab yang akan menang EPL tak berapa lama lagi dah ni.

Buku ini adalah debut daripada Axello Tacts:

Kalau nak beli, boleh buat kat sini: https://bit.ly/liverpoolmahkotaeropah