Mitos Bahagian Biru Adalah Pemadam Pen Ternyata Satu Penipuan, Jadi Apa Fungsinya?

Masuk ke kelas dan diberikan kebenaran oleh cikgu untuk menggunakan pen buat pertama merupakan perkara yang lain macam feel dia.

Ianya ibarat satu pemberian pangkat dan kepercayaan yang tidak ada tandingannya.

Namun harus diakui transisi itu tak semudah disangka. Perkara pertama yang kita semua fikirkan adalah: “Macamana kalau salah tulis? Nak padam pakai apa selain daripada liquid paper?”

Oleh kerana ada legenda dan mitos menyatakan bahawa ada pemadam dengan bahagian biru yang keras di belakangnya, boleh digunakan untuk memadamkan dakwat pen.

Ye la baru pakai pen kan. Liquid paper tu agak mahal untuk kita dulu. Dan pasti kita tersenyum melihat kita ada opsyen lebih murah dan ianya ibarat 2 dalam 1 – terdapat pada satu pemadam dengan rekaan elegan.

Bukan kita di Malaysia sahaja yang terkena dengan mitos dan penipuan itu. Malah di seluruh dunia percaya akan penipuan ini. Tak tahulah siapa yang memulakannya.

Dahlah buku menjadi biru kemudian untuk worst cases scenario, ada buku yang koyak serta berlubang dibuatnya.

Jadi, benda macam ni bukannya kelakar. Memang buatkan rasa panik. Ada yang rosak buku nota.

Ada yang lebih teruk, melihat dakwat pen tak hilang, lalu menggunakan bantuan air liur.

Ianya penipuan yang menambah lagi penipuan yang kita masa tu memang dah hadap seperti Undertaker adik beradik dengan Kane.

Baiklah, sebenarnya, memang bahagian biru keras itu tidak dicipta untuk memadamkan pen.

Namun salah satu benda yang mempengaruhi keputusan kita adalah simbol pen pada bahagian biru itu jika korang memakai jenama di bawah ni.

Impak dia memang lain macam kalau tersalah pakai. Murung terus memikirkannya.

Jadi apakah fungsi bahagian biru itu?

Sebenarnya, ia memang masih pemadam pensil. Tetapi ianya digunakan untuk memadamkan pensil yang ditulis pada permukaan lebih keras atau kasar termasuk kertas yang lebih keras, termasuk kertas lukisan.

Kertas ni ada banyak permukaan dia. Malah kalau korang menulis kat bahagian kayu sekalipun, contohnya meja kayu yang klasik itu, maka, pemadam biru keras itu boleh digunakan.

Yang bahagian lembut tu kita semua tahu kegunaannya bukan?

Jadi diharap artikel ini dapat membantu korang memberikan penjelasan kepada anak anak korang yang bersekolah, agar perkara ini tidak diwarisi secara turun temurun.

Dan akhirnya pen tetap pen. Memiliki dakwat kekal yang tak boleh dipadamkan. Cuma kita boleh tampal ia dengan liquid paper yang berwarna putih tu.

Baca yang lain