Mkhitaryan Bakal Terus Bersama Arsenal, Auba Dibida PSG

Perkhabaran dari Arsenal hari ini agak menarik.

Ianya melibatkan dua bekas pemain yang pernah bermain di Borussia Dortmund dan kemudian dibawa ke Arsenal dengan bantuan Mislintat sebelum ini.

Henrik Mkhitaryan kekal

AS Roma dilaporkan gagal untuk meyakinkan Arsenal dengan tawaran mereka untuk mendapatkan Henrik Mkhitaryan secara tetap.

Harga yang ditawarkan AS Roma kecil daripada tanda harga yang diletakkan Arsenal. Padahal tanda harga tu dikatakan sudah level lelong teruk dah tu.

Situasi melibatkan Miki ni agak rumit. Beliau menyatakan mahu terus kekal di AS Roma. Dan Roma pun nak dia terus bersama mereka.

Namun Arsenal tidak bersetuju dengan harga ditawarkan AS Roma. Malah Arsenal kini meminta Roma menyertakan pemain sekali dalam perjanjian ini.

Nama yang dikaitkan adalah Justin Kluivert. Sebenarnya tak banyak pun Arsenal mintak. Mereka cuma mintak £10 juta untuk Mkhitaryan.

Dengan permintaan untuk menyertakan pemain, adakah ia bermakna Arsenal yang akan membayar lebih kepada AS Roma? Kluivert kot.

Seterusnya Arsenal juga sebelum ini sudah memberitahu kepada pemain mereka bahawa pasukan mereka akan cuba untuk mengurangkan perbelanjaan.

Perkara itu diluahkan ketika kelab berunding untuk memotong gaji pemain.

Laporan menyatakan Arsenal akan mengurangkan dana perpindahan dalam jendela yang akan datang. Mereka akan fokus kepada melanjutkan kontrak beberapa pemain yang memerlukan mereka untuk menaikkan gaji.

PSG bida Aubameyang

Adakah Arsenal bakal kehilangan kapten mereka sekali lagi selepas aksi cemerlang? Sebelum ini mereka kehilangan pemain seperti Henry, Fabregas, Vermaelen, Van Persie, Koscielny, semuanya dari lilitan kapten.

Dan kali ini Aubameyang di dalam radar PSG.

PSG dilaporkan bakal membida Aubameyang dengan nilai £35 juta. Pemain tersebut masih belum melanjutkan kontrak dengan The Gunner.

PSG sebelum ini sudah memulakan langkah untuk memastikan Mauro Icardi terus kekal bersama mereka.

Icardi yang dipinjam dari Inter Milan bakal mendapatkan kontrak tetap dengan pasukan Perancis itu.

Namun itu bukan bermakna mereka tidak mencari seorang lagi penyerang.

Ini kerana mereka mahu seorang pemain yang boleh menggantikan tempat Edinson Cavani yang sudah menyatakan awak beliau mahu meninggalkan pasukan itu selepas kontraknya tamat.

Perkara ini pastinya memeningkan Mikel Arteta yang sudah menyatakan bahawa Pierre-Emerick Aubameyang merupakan pemain penting di dalam projek masa depan beliau di Arsenal.

Baca yang lain

UEL: Liverpool Rasminya Tersingkir

Liverpool berkunjung ke markas Atalanta dengan membawa defisit 3 gol dari Anfield. Misi mereka adalah menjaringkan 3 gol dan cuba mengelak bolos.