Mo Salah dan Lovren Berbalas Usikan Di Instagram

Kita semua sedia maklum tentang kemesraan persahabatan di antara Mo Salah dan Dejan Lovren. Mereka sering melakukan usikan-usikan sesama mereka di ruangan media sosial.

Perkara ini jelas telah menarik perhatian para peminat mereka sendiri, dan juga peminat Liverpool. Oleh kerana Lovren berkawan rapat dengan Mo Salah, kita dapat lihat jumlah pengikut Lovren semakin meningkat dari kalangan warga Mesir dan Arab. Malah peminat Mo Salah dikalangan warga Croatia dan Balkan turut sama meningkat.

Tingkah laku mereka ini telah memberi reaksi yang sangat menghiburkan untuk diikuti oleh peminat mereka. Biasalah, pemain bola sepak juga manusia seperti kita, bergurau sesama rakan adalah perkara normal bagi manusia.

Mo Tidak Tag Nama Lovren Di Instagram 

Perkara ini di mulakan oleh Mo Salah di Instagramnya, di mana beliau telah memuat naik satu gambar makan malam bersama Alisson, Fabinho, Firmino dan Lovren.

Tetapi apa yang kelakarnya, Mo Salah telah tag semua rakan sepasukannya kecuali Dejan Lovren. Macam setan perangai. kah kah

kau nampak Mo tak tak Lovren.

Kerana menyedari perkara tersebut, Lovren menyedari Mo Salah tidak tag nama beliau lalu Lovren bertindak untuk tag namanya sendiri.

Lovren tag namanya sendiri dalam komennya

Demi menjaga maruahnya, Dejan Lovren turut memuat naik gambar yang sama dan dalam masa yang sama tidak tag nama Mo Salah di Instagramnya. Kira macam balas dendam la ni.

Kemudian Lovren menulis dibawahnya “Sorry forgot to Tag Mo here you go @mosalah” yang bermaksud “Maaf terlupa nak tag mo di sini, padan muka”.

Mo Salah Sengaja Potong Gambar Lovren Di Sebelahnya 

Yang terbaru, gurauan mereka berdua ini tidak berhenti di situ sahaja. Mo Selah telah memuat naik satu gambar yang telah di “crop” separuh badan Lovren dengan caption “The Better Half”.

View this post on Instagram

The better half 🙂

A post shared by Mohamed Salah (@mosalah) on

Tidak lama dari itu, Lovren telah memuat naik satu gambar yang sama. Tetapi versi gambar yang penuh tanpa dipotong wajahnya. Lovren menulis di instagramnya “Yes,that the full upload picture. Not half…” yang bermaksud “Ya, Ini gambar penuhnya. Bukan separuh”.

View this post on Instagram

Yes, that’s the full upload picture. Not half…

A post shared by Dejan Lovren (@dejanlovren06) on

Gambar yang dimuat naik oleh Lovren tersebut merupakan respon kepada status yang telah dimuat naik oleh Mo Salah di Instagramnya. Tingkah laku dua orang ini sangat menghiburkan pengikut mereka yang mengikuti mereka di Instagram.

Macam-macam hal dua orang ni, aku sendiri pon terhibur. Banyak lagi siri kelakar dua orang ni, kau semua boleh follow Instagram dua orang ni dan boleh tonton di Youtube episod yang dibuat oleh LFCTV.

Baca yang lain