Mo Salah Mementingkan Latihan Daripada Percutian

Peminat Liverpool begitu gembira dan teruja dengan apa yang dilakukan oleh Mohamed Salah ketika cuti pada rehat musim sejuknya.

Ketika pemain lain sedang menikmati percutian musim sejuk mereka dengan memuat naik gambar bercuti di media sosial mereka. Peminat  Liverpool begitu teruja dengan melihat apa yang dilakukan oleh bintang sensasi mereka Mohamed Salah.

Mo Salah telah memuat naik gambar beliau sedang menjalani latihan ringan di media sosial miliknya. Apa yang dilakukan oleh Mo Salah jelas menunjukkan pemain itu serius untuk memberi aksi terbaiknya buat pasukan.

Biar dikecam dengan pelbagai tuduhan seperti “tamak” Mo Salah tetap memberi sepenuh komitmen beliau untuk pasukan.

Selain Mo Salah, pemain Liverpool yang lain seperti Virgil Van Dijk, Oxlade Chamberlain dan Gini Wijnaldum juga dilihat memuat naik gambar mereka sedang menjalani latihan di Dubai.

Hal ini jelas membuktikan para pemain pasukan Liverpool sangat bekerja keras untuk memberi yang terbaik buat pasukan. Tidak hairanlah mengapa mereka antara barisan pemain terbaik di dunia ketika ini.

Skuad The Reds kini sedang bercuti sehingga 15 Februari dan mereka akan kembali semula beraksi menentang Norwich City.

Pemain Liverpool yang lain kini sedang menikmati cuti musim sejuk mereka bersama keluarga.

Virgil van Dijk, Gini Wijnaldum dan Alex Oxlade-Chamberlain dilihat menjalani latihan bersama di Dubai dan Alisson telah kembali ke Brazil untuk menikmati masa berharga bersama keluarganya.

Untuk Mo Salah pula beliau lebih memilih untuk tinggal di rumahnya dan telah menghabiskan masanya untuk menjalani latihan di Melwood.

Dalam satu “status” di media sosial Mo Salah telah mendedahkan bahawa beliau tidak kemana-mana dan masih berada di Merseyside untuk percutiannya.

Itulah semangat yang ditunjukkan oleh mesin pencetak gol kelahiran Mesir itu.

Pemain berusia 27 tahun itu berkongsi gambarnya yang sedang berada di gym tempat latihan Liverpool dengan “Caption”,”pulang dari percutian cuti saya tidak pergi kemana-mana”.

Peminat memberi tindak balas terhadap status Mo Salah yang viral itu dengan pelbagai komen yang positif.

Ada yang menyokong usaha yang Salah lakukan, dan ada antara mereka yang mengatakan bahawa usaha Salah itu akan menghadiahkan beliau Kasut Emas untuk musim ini.

Salah telah menjaringkan 14 gol dalam Liga Perdana musim ini dengan Liverpool kini mengumpul 22 mata mendahului Manchester City.

Penyerang Liverpool, yang telah dinobatkan sebagai pencetak gol terbanyak dalam dua kempen lalu, kini sedang bersama Jamie Vardy dan Sergio Aguero dalam perlumbaan untuk merebut Kasut Emas.

Dengan usaha dan kerja keras yang ditunjukkan oleh Mo Salah beliau sememangnya pemain yang layak diberi penghormatan.

Semoga beliau berjaya mendapatkan Kasut Emas ketiga nya musim ini.

Baca yang lain