Mo Salah Mendahului Cristiano Ronaldo Dalam Jaringan Home Terbanyak

Mohamed Salah kini sudah mengatasi Cristiano Ronaldo dan Sergio Aguero dari segi jaringan “Home” terbanyak.

Namun Mo Salah kini berada di kedudukan kedua dibelakang Lionel Messi dengan perbezaan Tujuh gol.

Hanya Lionel Messi sahaja yang telah menjaringkan gol terbanyak liga di halaman sendiri berbanding Mo Salah sejak Ogos 2017.

Mo Salah telah menjaringkan dua gol menarik ketika pasukan Liverpool menewaskan Southampton di Anfield baru-baru ini.

Mo Salah awalnya dilihat agak menurun prestasi beliau dan ramai pembenci menganggap Mo Salah sudah tumpul.

Namun beberapa perlawanan terakhir ini membuktikan bahawa Mo Salah masih berbisa dan sentuhan jaringan beliau masih belom hilang.

Salah memainkan peranan penting dalam kemenangan Reds 4-0 ke atas Southampton di Anfield, dengan menjaringkan dua gol.

Dengan kemenangan itu Liverpool kini selesa bermaharajalela di puncak Liga dengan 22 mata.

“The Egyptian King” kini telah menjaringkan 12 gol di Anfield setakat ini.

Beliau pemain yang paling banyak menjaringkan gol ditempat sendiri berbanding pemain lain dalam Primier League setakat ini. Marcus Rashford di tempat kedua dengan menjaringkan 10 gol.

Manakala Sergio Aguero dan Jamie Vardy pula masing-masing telah menjaringkan 8 gol di halaman sendiri setakat ini.

Pemain berusia 27 tahun itu menyertai Liverpool dari AS Roma pada Ogos 2017, dan menjaringkan 68 gol dalam Liga Perdana Inggeris, dengan 44 daripadanya dijaringkan di Anfield.

Ini bermakna 64.7% daripada gol Mo Salah dalam liga telah dijaringkan di Anfield, dan Mo Salah kini menyamakan kedudukan dengan penyerang sensasi Bayern Munich, Robert Lewandowski. Mereka berdua pula kini ketinggalan Tujuh gol di belakang Messi.

Penyerang Juventus, Cristiano Ronaldo pula setakat ini sudah menjaringkan 42 gol dan penyerang Manchester City, Aguero telah menjaringkan  38 gol di halaman mereka sendiri.

Ini bermakna Hanya Messi sahaja yang bakal di pintas Mo Salah untuk menjadi pemain yang paling banyak menjaringkan Gol di tempat sendiri.

Walau bagaimanapun, Jika dilihat untuk aksi pada musim ini sahaja Mo Salah sebenarnya penjaring gol terbanyak di halaman sendiri berbanding Messi.

Messi hanya menjaringkan 11 gol sahaja di halaman sendiri pada musim ini manakala Mo Salah pula sudah menjaringkan 12 gol.

Baca yang lain