Mo Salah: Putera Rom Yang Dimahkotakan Sebagai Raja Mesir Di Anfield

Beberapa tahun lalu tibalah putera Rom ke bumi Anfield dengan gaya yang sangat merendah diri. Meninggalkan Alisson Becker di sana.

Namun selepas menunjukkan kekuasaan beliau, Mo Salah terus dijulang dan dimahkotakan Raja Mesir di Anfield.

Selamat datang Putera Rom

Daripada putera Rom yang dibeli dengan £37 juta – yang dianggap terlalu mahal untuk ‘Lingard berkaki kiri’ kepada pemain kedua paling bernilai dalam ranking CIES pada musim lepas.

Most valuable players in the world (CIES). Ini ranking pada Jun 2019:
£224m – 🇫🇷 Mbappe
£194m – 🇪🇬 Salah
£184m – 🏴󠁧󠁢󠁥󠁮󠁧󠁿 Sterling
£148m – 🇦🇷 Messi
£141m – 🏴󠁧󠁢󠁥󠁮󠁧󠁿 Sancho
£139m – 🇸🇳 Mane
£137m – 🏴󠁧󠁢󠁥󠁮󠁧󠁿 Kane
£128m – 🇧🇷 Firmino
£127m – 🇫🇷 Griezmann
£121m – 🇩🇪 Sane

Kau jangan nak meloncat. CIES ni beri penilaian berdasarkan umur, publisiti dan juga prestasi. Sebab tu kau nampak Messi kat bawah tu walaupun dia dah level kambing.

Salah bukan pembelian yang salah

Baiklah, Salah terus membuktikan dirinya sebagai pembelian luar biasa oleh Jurgen Klopp.

Daripada pemain yang hanya dibeli untuk menguatkan wing Kepada penjaring 40 gol semusim.

Sayang musim ni dia tak cecah angka tu lagi. Tapi still dia dalam rank 30 goals attacker. Klopp pernah berkata: “Kami tak pernah bayar untuk pakej gol Salah. tiada dalam data Scouting kami.”

Merujuk kepada Salah memberikan bonus tambahan. Klopp kemudian mengakui Salah membuatkan mereka (staf kejurulatihan) turut belajar banyak perkara baharu.

Mereka explore cara nak kembangkan Salah menjadi prolific winger. Dan selepas itu Salah memahatkan namanya lebih kuat.

Bukan semua team boleh bergantung kepada attacking winger sebagai penjaring gol utama wahai rakan rakan sekalian.

Masih ramai Coach terikat dengan no.9 sebagai sumber utama gol.

Impak

Liverpool telah belajar dan terus membantu Salah. Kesannya terkena kepada Putera Senegal bernama Sadio Mane – yang musim ni mencetak lebih 20 gol dalam liga dan berkongsi kasut emas dengan King Salah.

Awal musim 2018/19 Salah dijangka akan menjadi ‘salah orang’ yang nak diharapkan. Lalu keluar tag pemain ‘ajaib 1 semusim sahaja’.

Namun Mo Salah tetap membuktikan beliau bukan ajaib semusim. Benchmark diletakkan kepada beliau begitu tinggi.

Itu petanda Mo Salah sudah dilihat sebagai pemain elit dalam kancah liga Eropah musim ini.

22 gol dalam liga masih dianggap bukan musim yang cukup bagus. Sebab beliau ialah Mohamed Salah.

Musim 2017/18 Salah memenangi segala individual awards kecuali Ballon d’or.

Pasal gol tercantik tu aku malas nak cerita. Entah macamana dia menang pun aku tak tau. Ahh lantaklah.

Lalu musim ini beliau tetap memiliki prestasi yang baik. Mengekalkan kasut emas EPL di Anfield bahkan ditambah dengan saudara seafrika di atas pemetaan Fifa iaitu Mane.

Pada malam separuh akhir UCL vs Barcelona di Anfield, King Salah duduk di ‘coloseum’ dengan persalinan tertulis ‘Tak Akan Pernah Putus Asa’. Ianya menjadi aura yang memiliki roh tersendiri.

Apa perasaan kau masa tu masa kau bukak social media melihat gambar Mo Salah.

Semangat dia naik semacam sampaikan kau lupa: Eh team kau tu menunggu masa ditendang oleh Barcelona ke gaung – seperti Leonidas dalam visual filem 300.

Kita terus lupakan pasal 3-0. Kita sekarang fokus tak mahu putus asa dan kita kejar.

Daripada putera mahkota Mesir yang menangis kerana bahunya cedera pada malam UCL kepada pencetak gol malam Final UCL 2018/19 sebagai raja Mesir.

Maka dengan itu baginda Raja Salah dah rakan-rakannya berjaya mewartakan dan menyimpan Piala Telinga Capang ke-6 di Muzium Anfield.

Di luar padang beliau menjadi sebab kenapa Islamofobia di kalangan peminat EPL khasnya berkurangan. Itu bukan retorik.

Itu atas fakta kajian. Bahkan Immigration Policy Lab (IPL) turut melihat Mo Salah antara punca jenayah berunsurkan kebencian di England terutama di Liverpool berkurangan.

Itulah kisah baginda Raja Mesir, Mohamed Salah yang asalnya putera Rom. Tetapi mahkotanya dikalungkan ke atasnya sebagai Egyptian King oleh kerajaan Anfield.

Beliau terus menjadi penggempur utama. Dan ketika artikel ni aku tulis semula, beliau baru sahaja menjaringkan 3 gol terakhirnya dengan kaki kanan.