Mohamed Salah menyatakan bahawa dia hanya mahu menikmati musim terakhirnya di Liverpool dengan segembira yang mungkin ketika beraksi bersama kelab itu.
Mo Salah menjadi arkitek kemenangan Liverpool ke atas Man United. Dengan mencatatkan 2 assist dan 1 gol di Old Trafford. Dia kini menjadi pemain yang benar benar suka menjaringkan gol atau menyumbang assist di gelanggang keramat Man United itu.
Liverpool menang 3-0 ke atas Man United semalam. Dua gol daripada Luis Diaz dan 1 lagi gol adalah daripada Sang Raja Mesir.
Bercakap kepada wartawan tentang masa depannya di Liverpool, Mohamed Salah berkata: “Seperti yang anda semua dah tahu, ini adalah tahun akhir kontrak saya di kelab ini. Dan saya cuma nak menikmatinya. Saya tidak mahu memikirkan soal kontrak itu.
“Tiada seorang pun di dalam kelab setakat ini bercakap dengan saya soal kontrak. Jadi, saya boleh kata ini adalah tahun terakhir saya di sini.
“Kontrak baharu? Ianya bukan terletak di tangan saya. Namun tiada seorang yang bercakap dengan saya tentangnya.”
Mohamed Salah sebelum ini dikaitkan dengan perpindahan ke kelab Arab Saudi. Dan ditawarkan gaji yang sangat tinggi. Namun dia memutuskan untuk terus kekal di Liverpool.
Adakah Mo Salah akhirnya akan ke Saudi untuk menikmati gaji luar biasa pada fasa akhir kariernya. Kerana dia sudah memenangi segala galanya di Liverpool dalam kariernya.
Musim ini Mohamed Salah terus menunjukkan kehebatannya walaupun dia sudah agak berusia. Di bawah kendalian Arne Slot, pemain itu langsung tiada masalah untuk terus menjadi penyerang sayap berbisa Liverpool sebagaimana yang dia lakukan pada era Jurgen Klopp.
Here’s what Mo Salah said on Sky Sports unprompted about it being his last year at Liverpool. Added later that no one at the club has spoken to him about a new contract. #LFC 🔴 pic.twitter.com/kz0haDNxsv
— Lewis Steele (@LewisSteele_) September 1, 2024
Peminat Liverpool bagaimanapun yakin bahawa Mo Salah dengan terang terangan meminta kelab menawarkannya kontrak baharu. Dan mereka mengkritik FSG sebagai lembab dan akan menyesali keputusan mereka tidak melanjutkan kontrak pemain tersebut yang jelas masih boleh bermain di peringkat tertinggi dalam beberapa musim lagi.