Modric Kecam Pengadil Itali: “Pengadil Teruk Bagi Penalti Tak Sepatutnya Membuatkan Kami Kalah”

Luka Modric adalah salah seorang legenda yang hebat dalam sejarah Piala Dunia. Beliau berusian 37 tahun ketika tampil pada Piala Dunia di Qatar 2022.

Ketika dikeluarkan peminat Albiceleste turut mengiktiraf kelegendaannya dengan tepukan gemuruh.

Selepas tewas di tangan pasukan Kebangsaan Argentina 3-0, legenda Balkan itu bercakap dengan akhbar dan membidas pengadil perlawanan.

Modric memulakan kenyataannya dengan mengucapkan tahniah kepada Messi dan rakan rakannya.

Namun dia tidak berpuas hati dengan prestasi pengadil Daniele Orsato.

Modric berkata: “Argentina adalah pemenang yang selayaknya dan adil dalam permainan ini, mereka lebih baik, mereka berhak menang.”

“Tetapi ada beberapa perkara ini perlu disebut, saya secara amnya tidak melakukannya [membincangkan tentang prestasi pengadil], tetapi hari ini ia perlu dilakukan,” akui pemain tengah Real Madrid itu.

Walaupun dia tidak pernah menjadi pemain bola sepak yang terlibat dalam kontroversi, Modric tidak berbelas kasihan dalam menilai pengadi dari Itali, yang pada separuh masa pertama memutuskan untuk memberikan penalti selepas dia merasakan Julián Álvarez dikasari.

Lionel Messi menyempurnakan penalti itu untuk gol pembukaan Argentina. Gol yang telah membuatkan Croatia benar benar tertekan kerana penalti yang diberikan. Mereka sukar untuk bangkit secara mental.

Modric turut menyatakan kritikannya kepada pengadilan ketika di terowong pada rehat separuh masa.

Modric menambah: “Saya tidak suka untuk bercakap tentang pengadil.”

“Tetapi ini adalah salah satu pengadilan yang paling teruk. Saya tidak mempunyai ingatan yang baik tentang dia, dia adalah bencana setiap kali mengadili perlawanan.”

“Bagi saya ia bukan penalti sama sekali.”

Modric kemudian melanjutkan: “Walaupun begitu, saya tidak mahu meremehkan kemenangan Argentina. Penalti itu membunuh kami. Kami perlu pulih untuk mendapatkan tempat ketiga dan memenangi perlawanan itu.”

Akhir sekali, ketua pasukan itu mendedikasikan beberapa pujian kepada Leo Messi, yang pada hari Ahad depan akan cuba memenangi Piala Dunia pertama dalam kariernya selepas gagal di Brazil 2014.

“Saya mendoakan yang terbaik untuknya di final; dia mempunyai kehebatan yang cukup untuk memenanginya.”

“Kami tewas menerusi sepakan penalti, tetapi itulah yang berlaku. Kedua-dua situasi itu kelihatan luar biasa bagi saya, pertama dia tidak memberikan sepakan sudut dan kemudian insiden itu. Saya tidak pernah bercakap mengenai pengadil, ia adalah kesilapan mengecewakan dan ia menyebabkan kami tewas,” tegas Modric.

Baca yang lain