Modric: “Saya Harap Messi Akan Juara Piala Dunia Sebab Dia GOAT”

Legenda hidup Croatia dan Real Madrid, Luka Modric telah menamakan kapten Argentina Lionel Messi sebagai GOAT bukannya Cristiano Ronaldo.

Kenyataan kapten Croatia itu mengejutkan, memandangkan dia bermain bersama Ronaldo selama 6 tahun di Real Madrid. Dan hubungan Ronaldo sebagai legenda Real Madrid seringkali membuatkan Madridista memilih Ronaldo berbanding Messi.

Modric dan Ronaldo menikmati banyak kejayaan bersama, memenangi tiga kejuaraan Liga Juara-Juara bersama-sama.

Selama bertahun-tahun, Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi telah bersaing untuk gelaran pemain bola sepak terhebat sepanjang zaman ataupun GOAT.

Persaingan antara 2 legenda ini adalah salah satu perseteruan paling sengit dalam sukan ini yang pernah dilihat.

Dan sehingga hari ini, terdapat berjuta-juta peminat di seluruh dunia yang percaya bahawa kedua-duanya adalah pemain terbaik yang pernah menghiasi permainan sukan yang dianggap beautiful game itu.

Bagaimanapun, Messi mempunyai peluang untuk mengukuhkan statusnya sebagai yang terhebat sepanjang zaman dengan memenangi Piala Dunia.

Messi memiliki segala rekod terbaik untuk negaranya Argentina dari segi individu, namun statusnya sebagai GOAT seringkali dianggap tak lengkap berbanding Maradona kerana tiada Piala Dunia.

Kini pemain itu berpeluang untuk mengetuai negaranya menjulang Piala Dunia selepas pernah kandas di final pada 2014.

Bercakap selepas Croatia mengalami kekalahan 3-0 di tangan Argentina, Luka Modric secara mengejutkan ramai, mengklasifikasikan Lionel Messi sebagai GOAT.

“Saya harap [Messi] memenangi Piala Dunia ini, dia adalah pemain terbaik dalam sejarah dan dia berhak mendapatnya”, katanya, seperti yang dilaporkan oleh Mundo Deportivo.

Modric bukanlah bekas rakan sepasukan Ronaldo yang pertama melabel Messi sebagai GOAT.

Baru baru ini Rooney mengulangi semua pendiriannya bahawa Messi adalah GOAT berbanding dengan Ronaldo.

Rooney kekaguman dengan prestasi Messi pada Piala Dunia kali ini.

Baca yang lain