Mohamadou Sumareh Dipanggil Perkuat Harimau Malaya

Pemain naturalisasi pertama dalam sejarah bola sepak negara, Mohamadou Sumareh kembali semula ke skuad kebangsaan. Kim Pan Gon memutuskan untuk memanggil Sumareh untuk perkuatkan Harimau Malaya sekali lagi bagi aksi usingan 2 Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027.

Di mana Harimau Malaya akan menentang Republik Kyrgyz pada 16 November 2023 dan Chinese Taipei pada 21 November 2023.

Nama Sumareh kali ini mengundang reaksi bercampur aduk di kalangan peminat Malaysia. Dia dipanggil untuk menghadiri kem latihan pusat.

Sumareh sebelum ini menjadi nadi penting Harimau Malaya. Namun kemudian dia mengalami krisis prestasi membuatkan dia hilang tempat dalam skuad Harimau Malaya.

KELANA JAYA 12 NOVEMBER 2019. Pemain Malaysia, Mohamadou Sumareh berlatih menjelang perlawanan menentang pasukan Thailand dan Indonesia dalam kempen kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2022 dan Piala Asia 2023 ketika sesi latihan di Wisma FAM, Kelana Jaya. NSTP/AIZUDDIN SAAD

Dan kini Sumareh sedia untuk membuktikan bahawa dia berhak untuk berada dalam skuad Harimau Malaya. Dia pastinya mahu membalas kepercayaan Kim Pan Gon kepadanya.

Namun rata rata gembira dengan adanya nama Afiq Fazail yang dianggap selayaknya memperkuatkan barisan tengah Harimau Malaya.

Kim Pan Gon masih lagi mengekalkan sebahagian besar skuadnya yang beraksi dalam Pestabola Merdeka 2023 yang lalu.

Dengan nama ayam tambatan Malaysia di barisan serangan, Arif Aiman dan Faisal Halim berada dalam senarai seperti yang dijangka.

FAM turut mengesahkan dua pemain, Syamer Kutty Abba dan Nor Azam Abdul Azih masing-masing tidak dapat dipanggil kerana mengalami kecederaan.

Skuad Harimau Malaya akan turun beraksi untuk perlawanan pertama Kumpulan D menentang Republik Kyrgyz pada Khamis, 16 November 2023 di Stadium Nasional, Bukit Jalil sebelum terbang ke Taipei City bagi perlawanan kedua bertemu Chinese Taipei di tempat lawan pada Selasa, 21 November 2023.

Sementara dua lagi pertembungan lain dalam Kumpulan D menyaksikan Oman bertemu Chinese Taipei di Muscat pada 16 November 2023 dan Republik Kyrgyz menanti kunjungan Oman di Bishkek pada 21 November 2023.

Berikut adalah senarai penuh skuad kebangsaan yang akan beraksi pada November akan datang.

Kim Pan Gon sebelum ini menyatakan bahawa beliau yakin Harimau Malaya akan mampu berada di kedudukan 100 teratas dunia selepas ini.