Mohktar Dahari: Pemain Legenda Milik Negara

Mokhtar Dahari merupakan wira negara dan ikon bola sepak negara.

Walaupun beliau sudah lama meninggalkan kita tetapi lagendanya sebagai bintang bola sepak masih dikagumi sehingga sekarang.

Jaringan bergayanya ketika menentang England B masih segar dalam ingatan kita.

Jaringan itu merupakan jaringan penyamaan selepas Malaysia ketinggalan 0-1.

Ia dianggap jaringan paling hebat dalam kariernya.

Dari jarak 40 meter, beliau menggelecek bola melepasi 2 pemain England dan melakukan rembatan padu menewaskan penjaga terkenal three lions, Joe Corringan.

Para pemain England sendiri mengakui ia merupakan jaringan yang fantastik bertaraf dunia.

Beliau diiktiraf sebaris dengan pemain-pemain divisyen 1 Inggeris pada waktu itu.

Di tanah air beliau digelar Super Mokhtar atau Super Mokh.

Super Mokh amat digeruni di rantau Asia Tenggara.

Setiap kali beliau turun dalam perlawanan antarabangsa pasukan lawan akan merasa gentar. Beliau akan dikawal oleh 2 atau 3 pemain lawan.

Tetapi beliau sentiasa mampu menjaringkan gol.

Belaiu terpaksa bersara selepas mengalami kecederaan otot muscular dystrophy, yang gagal diubati pada tahun 1989.

Mohktar sering menggunakan jersi no.10. Mewakili Malaysia sebanyak 164 kali mengikut rekod oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Penyakit itu mula dikesan pada November 1988 telah menyebabkan fizikal beliau lemah dan tidak berdaya.

Gerak gerinya sebelum ini lincah, terganggu.

Apabila berjalan beliau merasa terhuyung-hayang. Berat badannya menurun secara mendadak dari 75 kg kepada 70 kg.

Mukanya menjadi cengkung dan pucat.

Pada mulanya Mokhtar merahsiakan penyakit yang dialaminya.

Tetapi apabila beliau mengambil cuti panjang dari kelab Kewong Yik Bank yang beliau wakili pada awal tahun 1989, penyakit Mokhtar akhirnya dihidu oleh media.

Pada April 1989, negara dikejutkan dengan pengakuan darinya dan pengesahan doktor bahawa beliau menghidapi sejenis penyakit otot.

Beliau mencuba rawatan dari dalam dan luar negara termasuk England.

Beliau juga mencuba rawatan tradisional. Tetapi usaha mencari jawapan kepada penyakit tersebut gagal.

Mokhtar menerima hakikat dan mengucapkan selamat tinggal kepada dunia bola sepak.

Minat Mokhtar kepada bola sepak bermula sejak dari kanak-kanak.

Pada usia 9 tahun, anak pemandu lori bernama Dahari Abengini, sudah lincah bermain bola di padang sekolah bersama rakan-rakannya di Kampung Pandan.

Pada usia 10 tahun, Mokhtar dipilih mewakili sekolahnya-Sekolah Kebangsaan Jalan Kuantan.

Beliau berjaya membantu pasukan sekolahnya menjadi juara pada peringkat sekolah rendah.

Sewaktu belajar di Victoria Institution, Mokhtar mewakili sekolahnya untuk kejohanan MSSM bawah 13 dan 15 tahun.

Pada 1968 beliau menjaringan gol kemenangan di final menewaskan Sekolah La Salle, Sentul.

Individu yang bertanggungjawab mendedahkan Mokhtar bermain dinperingkat lebih tinggi adalah Radhi Saidin.

Mokhtar bermain dalam bahagian 2 liga bolsepak Selangor pada 1970.

Setahun selepas itu, beliau dipilih untuk mewakili Selangor dalam pertandingan Piala Burnley, yang kemudiannya dikenali Piala Razak. Kini ia dipanggil Piala Presiden.

Selepas tamat sekolah beliau ditawarkan berkerja oleh Perbadanan Kemajuan Negeri selangor (PKNS). Ia disebabkan mahu menyerapnya kedalam pasukan bola sepak kelab tersebut.

Beberapa kelab lain juga menunjukkan minat terhadap bintang yang sedang meningkat naik pada ketika itu.

Pada 1972, Mokhtar menyertai Selangor.

Pada tahun tersebut juga Mokhtar muka tersenarai dalam skuad kebangsaan.

Kejohanan Jakarta Raya merupakan penampilan pertama beliau bersama skuad jersi kuning.

Mohktar terus menjaringkan gol dalam debut pertamanya ketika menentang Filipina. Beliau terus mendapat perhatian.

Selepas itu beliau tidak menoleh ke belakang lagi. Jersi no.10 negara menjadi milik tetapnya pada 1974. Era Mokhtar sebagai bintang negara sudah tiba.

Beliau sendiri mengakui bahawa kemuncak prestasinya sekitar tahun 1972 hingga 1976.

Selama lebih 10 tahun mewakili negara, Mokhtar telah beraksi dalam pelbagai pertandingan di dalam dan luar negara.

Sepanjang tempoh itu, kehandalan Mokhtar sebagai penjaring telah membantu Malaysia menewaskan gergasi Asia seperti Korea Selatan dan Jepun.

Apa yang menarik, Mokhtar juga pernah berhadapan dengan pemain handalan dunia seperti Diego Maradona, Junior Eders, Carlo Alberto, John Neeskens dan Kevin Keegan.

Beliau juga pernah turun menentang Frank Beckenbauer.

Ketika namanya sedang harum dan kehadiran beliau dikaitkan dengan era kegemilangan bola sepak nasional yang belum pernah disaksikan sebelum itu, mokhtar membuat pengumuman mengejut pada Oktober 1982.

“Cukuplah bermain selama 120 bulan dan 153 kali menwakili Malaysia”

Mokhtar Dahari mengumumkan persaraan. Beliau mungkin berundur dari bola sepak nasional tetapi tetap mewakili selangor pada peringkat dimestik.

Tetapi itulah bukanlah pengumuman persaraan pertama yang dilakukannya.

Persaraan pertama berlaku pada November 1979. Beliau keluar dari persaraan selepas 11 bulan.

Persaraan pertama berlaku kerana media melihat beliau sebagai penumpang di atas padang.

Ia berikutan keputusan buruk negara pada ketika itu. Malaysia tumbang 0-7 dalam kejohanan Sukan Asia.

Beliau terkesan dengan kritikan itu lalu memutuskan untuk berundur.

Tetapi akhirnya beliau berjaya dipujuk untuk beraksi semula bersama Malaysia bagi menghadapi Sukan Sea di Manila 1981.

Bagaimanapun pada 1982, beliau mengalami kecederaan menyebabkannya tidak berpeluang untuk menyertai 2 pertandingan utama – Piala Presiden Park di Soeul dan Pestabola Merdeka 1982.

Walaupun kecederaan tidak serius, Mokhtar masih diharap untuk dipanggil bermain pada kejohanan Piala Merlion di Singapura.

Tetapi FAM tidak berbuat demikian. Nama beliau tercicir. Hati kecilnya berbisik mungkin sudah tiba masanya untuk berundur.

“Apa ada pada nama jika FAM sudah tidak berselera lagi” tulisannya dalam majalah dunia sukan.

Tidak dapat dinafikan kegemilangan bola sepak negara sepanjang 1 dekad (1972-1982) bergerak seiring dengan karier Mokhtar Dahari.

Kebetulan berlaku selepas persaraan Mokhtar arena bola sepak negara di peringkat antarabangsa mula merosot sedikit demi sedikit.

Sehingga kini prestasi negara masih lesu masih belum dipulihkan sepenuhnya.

Pada waktu yang sama, di kalangan pemain-pemain pasca era Mokhtar, tidak seorang pun berjaya muncul sehebat beliau.

Lantaran itu, kehandalan Mokhtar terus diperkatakan dan prestasi dia dianggap sebagai penanda aras yang belum dicapai oleh manan-mana pemain.

Beliau dijadikan idola dan para pemain ingin mencontohi beliau. Tapi belum ada yang berjaya.

Dalam senario itu, Mokhtar Dahari akan terus hidup sebagai lagenda bola sepak nasional untuk tempoh yang agak lama.

Baca yang lain