Moises Caicedo Mogok Tak Mau Berlatih, Desak Kelab Jualnya Ke Chelsea

Moises Caicedo dilaporkan sudah tidak ada hati untuk bermain untuk Brighton. Ini selepas pemain itu mendesak untuk dijual ke Chelsea.

Musim lalu Caicedo turut mendesak kelab menjualnya ke Arsenal atau Chelsea. Dengan dia menulis post terbuka di Instagram menyatakan bahawa dia mahu membantu kelab itu dari segi kewangan.

Namun pemain itu berjaya dipujuk untuk kekal oleh Brighton. Malah dia turut setuju untuk melanjutkan kontraknya. Selepas kelab dilaporkan berjanji akan menjualnya ke kelab besar pada jendela perpindahan kali ini.

Sebelum jendela perpindahan pemain dibuka, De Zerbi sendiri menyatakan bahawa dia menjangkakan Moises Caicedo dan Alexis McAllister.

Namun Caicedo kecewa apabila Brighton dirasakan telah meletakkan tanda harga melampau untuknya. Dia percaya Chelsea sudah menawarkan tawaran terbaik untuk kelab itu.

Di mana Chelsea sedia membayar £80 juta untuk pemain itu. Brighton kini berharap akan mendapat sekitar £100 juta daripada penjualan pemain tersebut.

Chelsea masih tidak menaikkan tawaran mereka setakat ini kerana berharap Brighton menerima tawaran tersebut.

Malangnya Brighton terus berkeras mahukan £100 juta.

Ianya telah membuatkan Caicedo menghantar transfer request daripada kelab itu. Tetapi kelab memberitahunya, mereka hanya akan menjual jika valuasi harga mereka dipenuhi.

Akhirnya pemain itu memutuskan untuk mogok daripada latihan. Dia mahu kelab segera menerima tawaran daripada Chelsea.

Caicedo menjadi sasaran Chelsea yang kehilangan pemain tengah seperti N’golo Kante, Mason Mount dan juga Kovacic.

Caicdeo berharap dia akan dapat menyertai Chelsea sebelum musim baharu EPL bermula.

Baca yang lain