MOM: Kisah Ibu Tiri Yang Membela Anak Gadisnya

Ini adalah filem arahan sulung Ravi Udwayar.

Aku peminat filem Tamil jugalah. Sebab paparan dan isu yang dia naikkan memang mencengkam.

Naskah terakhir Sridevi

Ini merupakan Filem ke-300 dan lakonan terakhir mendiang aktres legenda India iaitu mendiang Sridevi setakat ini kerana filem ke-301 beliau masih belum ditayangkan.

Sridevi ni berlakon dalam filem Hindi, Tamil, Malayalam, dan Telugu. Dan beliau sangat berjaya dalam kesemua platform.

Jadi, legenda itu sentiasa pergi dengan cara mereka tersendiri. Dan Sridevi ‘memilih’ dengan memberikan buah tangan ini kepada kita semua.

Rogol dan negara India

Filem ini membangkitkan banyak isu yang membarah dalam masyarakat di India. Sepanjang tahun lalu India dilanda dengan banyak berita kes rogol dan ada kes tersebut tidak mendapat pembelaan sebaiknya.

Sehinggakan negara India dipandang serong oleh masyarakat dunia dalam isu jenayah rogol.

Seterusnya adalah isu kepercayaan, hormat dan ego seorang anak remaja yang enggan mengakui ibu tirinya sebagai ibu.

Plot

Arya lakonan aktes Pakistan, Sajal Ali adalah anak gadis yang baik. Namun dia tidak pernah memanggil ibunya Puan Devki dengan panggilan emak.

Dia panggil ibunya itu dengan panggilan cikgu kerana Pn. Devki adalah cikgu yang mengahwini ayahnya. Puan Devki adalah ibu tiri keapda Arya.

Puan Devki seorang wanita yang sangat kuat dan cekal. Walaupun Arya tidak menganggapnya ibu, namun dia tak pernah lepas tanggungjawab ke atas gadis itu.

Plot menuju ke konflik apabila Arya dilarang untuk keluar ke parti oleh ayahnya. Namun telah merajuk kerana mahu meraikan Hari Kekasih.

Arya akhirnya dibenarkan pergi.

Namun Arya telah dilarikan dan dirogol secara sadistik dan ditendang ke dalam parit.

Puan Devki sangat takut kehilangan anaknya selama-lamanya. Dan mencari anak gadisnya.

Apa yang dia lihat adalah seorang gadis yang hampir tercabut nyawanya. Kekuatan semangat Arya membuatkan gadis itu terus bernyawa.

Puan Devki mengambil undang-undang dengan cara dia sendiri selepas mahkamah gagal mendakwa 4 saspek walaupun Arya sendiri yang menamakan perogol-perogol tersebut ketika tersedar dari koma.

Satu lagi kritikan sosial kepadaa anak remaja yang mahu bersosial pada era socmed.

Arya ni bukan gadis liar tetapi kadangkala gadis macam ini akan terkena dengan perkara tak diingini pada masa dan tempat yang salah.

Pembalasan kepada perogol

Ya, filem ini lebih kepada filem pembalasan ke atas perogol yang klasik. Semua orang suka jika disajikan dengan filem balas dendam kepada penjenayah terutama sekali si perogol yang sadistik.

Filem ini disuntik dengan elemen di mana, Sridevi memunculkan sisi gelapnya sebagai seorang yang tidak ada belas kasihan, boleh membunuh dan mampu melakukan apa sahaja apabila anaknya dirogol.

Sisi gelap ini muncul tanpa dia sedari, ianya kerana rasa marah, takut, terancam, geram dan tekanan setiap malam memikirkan Arya.

Dia kecewa mahkamah dan Polis tidak mampu menghumban perogol-perogol itu ke penjara.

Menurut Puan Devki, jika mereka itu dibiarkan, akan lebih ramai lagi mangsa mereka diluar sana.

Apa akan jadi bila ibu dicabar ?

Awalnya pengarah menunjukkan Sridevi seorang wanita yang lembut dan tiada kemampuan untuk balas dendam. Dia mengejar salah seorang saspek yang merupakan studentnya, dia hampir kemalangan, tangannya bergetar cemas.

Permainan emosi sangat kuat dalam filem ini. Ada 2 versi ibu tiri dalam movie. Dan versi glamor adalah orang membuat cerita ibu tiri sebagai antagonis dan jahat.

Ini adalah satu lagi versi ibu tiri yang satu lagi, jenis yang tidak kisah tentang siapa melahirkan anak itu, apabila itu adalah anak dalam keluarganya, itu adalah anaknya juga.

Ibu tiri yang ini adalah ibu tiri yang lemah lembut, seorang cikgu, cuba membalas dendam untuk anak yang tak pernah dan enggan memanggilnya ibu kerana bagi Arya, dia cuma ada seorang ibu, itupun sudah pergi meninggalkannya.

Devki bertemu dengan detektif persendirian Shankar Kapoor yang awalnya mencurigakan beliau. Akhirnya inilah orang yang membantu Devki dengan kebijaksanaannya walaupun dia hanyalah ‘spy pencen’ dengan skuter yang susah nak start.

Detektif Shankar adalah manusia yang menjadikan dunia ini lebih baik. Seorang ayah yang memahami kesengsaraan seorang ibu kerana anaknya sebaya dengan anaknya. Banyak falsafah manusia luar biasa dijelmakan melalui watak ini.

Memegang amanah dalam tugasan walaupun apa yang berlaku. Sanggup bekerja siang malam demi membantu Puan Devki.

Paling meninggalkan kesan adalah apabila Puan Devki mendapat tahu yang perogol itu mengejek Arya, ‘Panggil emak kamu!’ ketika merogol Arya. Jadi, dia pun datang kepada perogol itu dan berkata, ini emak dia datang.

Mesej jelas dalam filem ini, anda jangan mencabar seorang ibu walaupun mereka seorang wanita yang lemah lembut. Apabila keluarga mereka terutama sekali anak mereka diganggu, anda akan tanggung akibatnya.

Puan Devki tak pernah mengharapkan penghargaan daripada anaknya di atas apa yang dia lakukan kepada Arya. Beliau sentiasa cuba untuk memperbaiki hubungannya dengan Arya

Filem ini banyak kritikan sosial untuk kesemua lapisan masyarakat. Termasuk budaya Hari Kekasih di India yang sebenarnya agak tidak sesuai dengan norma masyarakat mereka yang konservatif. Ala macam kitalah.

Apa relevan remaja dalam masyarakat Asia terlalu mengikut budaya barat ini?

Seterusnya adalah kritikan kepada pandangan masyarakat India terhadap polis dalam menyelesaikan isu rogol. Matthew Francis lakonan Akshaye Khanna menunjukkan emosi beliau apabila saspek dilepaskan.

 

Walaupun segelintir polis korup namun masih ramai polis yang komited dalam tugasan. Namun kadangkala, kuasa mereka dihadkan oleh undang-undang.

Dia mulai menjejak pembunuh saspek tersebut dan menjurus kepada Puan Devki. Jadi, Puan Devki perlu mengelakkan dirinya daripada kantoi.

Puan Devki vs binatang yang paling bahaya

Ada seorang daripada perogol ini yang sangat bahaya.

Filem ini memang ada beberapa weaker point yang tipikal klasik filem tamil, itu harus diakui. Tapi jangan risau, tiada scene tumbuk dari KL, terpelanting ke Seremban.

Seterusnya, filem ini masih mengekalkan ciri-ciri ending cerita tamil yang diinginkan ataupun klise kepada semua. Korang tetap akan disuap dengan perjalanan plot yang meleret. Namun ini ok, tak meleret sangat.

Beberapa unsur mungkin akan overdramatic. Itu biasalah, nama pun filem ataupun drama. Tak nak dramatik kau layan Dokumnetari Dolphin.

Jadi, korang jadikanlah filem ini sebagai material tontonan yang memuatkan nilai kekeluargaan dan kehidupan seharian.

Ia tetap good movie untuk korang tonton dan mencabar air mata jantan.

Ayat MOM (Ibu) akan menjadi sangat berharga dalam movie ini. Tak kisah, walau ibu jenis mana, ibu kandung ke, ibu tiri ke, ibu angkat ke, mereka adalah ibu.

Korang layan trailer kat sini:

Baca yang lain