Musim panas 2013 cukup besar dalam rekod perpindahan Tottenham Hotspur. Ketika itu, mereka menjual Gareth Bale dengan yuran rekod sebanyak £86 juta.
Wang yang diperolehi oleh Spurs itu digunakan dalam pelaburan pembelian secara pukal. Tujuh orang pemain telah dibawa masuk oleh Andre Villas Boas untuk revolusi kelab secara besar-besaran.
Spurs spent all the Gareth Bale money (then a world record €100.8 Million) on these players. Almost all of them gone, sold at a combined loss of €20M so far. Ericksen leaving on a free or potentially €15M if deal can be struck. Lamela only one left. Crazy. pic.twitter.com/Ws7WLr5Xjt
— Moby 🇺🇾 (@Mobyhaque1) January 18, 2020
Namun begitu, kesemuanya boleh dikatakan gagal kecuali seorang saja iaitu Christian Eriksen.
Christian Eriksen, pemain tengah terbaik Spurs sedekad yang lepas.
Selama 7 tahun di Tottenham Hotspur, Christian Eriksen menjadi tunjang dalam revolusi kelab terutamanya pada pertengahan 2010an, selain menjadi kunci kepada pembinaan pasukan era Mauricio Pochettino.
Menurut Pochettino, inilah pemain yang menjadi otak kepada pasukan, bertanggungjawab dalam memastikan taktikal sentiasa berjalan baik dan lancar.
Eriksen merupakan salah seorang pemain yang penuh kreatif bagi dekad yang lepas, mencipta gandingan yang mantap di bahagian serangan Spurs bersama-sama Harry Kane, Dele Alli, dan Son Heung Min.
Pemain yang mentakrifkan kehebatan bola sepak Denmark yang sebenar.
Eriksen bukanlah pemain yang laju atau ada skill gerakan yang menakjubkan, tetapi selalunya produktif apabila berada di atas padang, boleh bermain dalam ruang yang sempit, dan berkemampuan mencipta sesuatu dengan otak dan visinya.
Detik menjadi kesayangan penyokong Spurs.
Pemain Denmark ini secara sah telah menyertai Spurs pada 30 Ogos 2013 dari kelab Ajax Amsterdam.
We are delighted to announce that we have reached agreement with Ajax for the transfer of Christian Eriksen #THFC pic.twitter.com/ElUyojSiPn
— Tottenham Hotspur (@SpursOfficial) August 30, 2013
Debut Eriksen dalam jersi Spurs hadir ketika menentang Norwich City pada 14 September 2013. Tidak menunggu lama untuk memberikan impak, dia menyumbangkan satu hantaran gol kepada Gylfi Sigurdsson dalam kemenangan 2-0.
Lima hari kemudian, gol pertamanya bersama Spurs hadir dalam perlawanan peringkat kumpulan Liga Europa ketika bertemu Tromso IL.
Dalam fikiran penyokong Spurs, mereka berjaya mendapatkan seorang maestro yang bukan sahaja boleh mencipta tetapi ada kemampuan untuk menjaringkan juga.
Semasa perlawanan ‘Boxing Day’ menentang West Brom, Eriksen berjaya menjaringkan gol pertama liga dengan menyempurnakan sepakan percuma yang menjadi salah satu kebolehan penting dalam permainan.
Di akhir musim, 10 gol dan 12 hantaran gol dalam semua kejohanan musim itu, meletakkannya sebagai pemain terbaik Tottenham bagi musim tersebut.
Membawa Spurs ke aras yang lebih tinggi.
Pada tahun 2015, Eriksen membuktikan dirinya sebagai aset terpenting bagi kelab, menjadi pemain tunjang kepada negara, selain memenangi anugerah Pemain Terbaik Denmark Tahunan selama tiga tahun berturut-turut.
Eriksen menjadi watak yang berpengaruh dalam kebangkitan Spurs di saingan liga terutamanya ketika kempen 2015/16 di mana mereka meraih tempat ketiga sekaligus layak ke saingan Liga Juara-Juara bagi musim seterusnya.
Musim 2016/17, Eriksen menandatangani kontrak jangka masa panjang bersama Spurs.
Spurs dalam musim tersebut menjadi sebutan dan tumpuan ramai apabila menamatkan saingan di tempat kedua di belakang Manchester City.
Spurs finished with 86 pts in 16/17, level with or better than 4 of the 10 previous title winners.
They conceded 26 League goals, better than all but 1 of the last 10 Champions.
And yet people are trying to write off Pochettino for "failing" at the impossible job.
— Dougie Critchley (@DougieCritchley) April 22, 2022
Musim yang berjaya untuk Eriksen dengan merekodkan 8 gol dan 15 hantaran gol sepanjang kempen liga. Hanya Kevin De Bruyne yang merekodkan jumlah hantaran gol lebih banyak berbanding pemain Denmark itu.
Musim 2017/18 menandakan satu lagi tempoh yang bagus buat Eriksen di dalam Premier League bersama Spurs.
Pada 23 September 2017, Eriksen mencipta rekod baru untuk gol terbanyak yang dijaringkan oleh pemain Denmark di dalam Premier League, melepasi angka 33 gol yang direkodkan Nicklas Bendtner sebelum itu.
Dalam penampilan ke 200 bersama kelab, dia juga menjaringkan gol ketika kemenangan besar 5-1 ke atas Stoke City pada tanggal 9 Disember.
Sebulan kemudian, gol ke 50 bersama kelab muncul seawal saat ke 11 dalam perlawanan menentang Manchester United, yang turut menjadi gol ketiga terpantas pernah dijaringkan dalam Premier League.
Rumusan buat musim gemilang Eriksen pada musim 2017/18 boleh dilihat ketika dia menjaringkan gol cantik menentang Chelsea, membantu pasukan meraih kemenangan pertama di Stamford Bridge sejak 28 tahun.
Eriksen sendiri menyatakan bahawa itulah gol tercantik yang pernah dijaringkan sepanjang bersama Spurs.
Spurs di akhir musim menamatkan liga di tempat ketiga dan seperti yang dijangka, Eriksen dianugerahkan sebagai pemain terbaik tahunan kelab buat kali kedua. Dia juga turut dinamakan di dalam Pasukan Tahunan PFA buat pertama kalinya.
Musim 2018/19 menyaksikan Eriksen sebagai pemain kedua di dalam sejarah selepas David Beckham yang berjaya merekodkan lebih 10 hantaran gol untuk 4 musim Premier League secara berturut-turut.
Spurs ketika itu ada perjalanan Liga Juara-Juara yang bagus, berjaya ke final namun di akhirnya tewas di tangan pasukan Liverpool.
Penamat era di Spurs.
Kontrak Eriksen di Spurs sudah menuju ke penghujung, dengan musim 2019/20 adalah musim terakhirnya bersama kelab.
Meskipun begitu, seperti biasa Eriksen tetap komited setiap kali diturunkan.
Sehinggalah pada 28 Januari 2020, dengan berbaki 6 bulan lagi, Eriksen ditandatangani oleh Inter Milan dengan nilai perpindahan sebanyak £17 juta dan kontrak selama 4 tahun setengah.
Christian Eriksen has just landed in Milano. He’ll sign as new Inter player. 🇩🇰🛬 #Eriksen #THFC #Inter pic.twitter.com/Mk8B2JTcPU
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) January 27, 2020
Eriksen bermain lebih daripada 300 perlawanan bersama Spurs cumanya agak menyedihkan juga dengan kegagalan pasukan emas mereka memenangi sebarang trofi ketika itu.
Tidak syak lagi, Eriksen layak disebut sebagai salah seorang pemain tengah terbaik yang pernah dimiliki Spurs dan paling konsisten terutamanya ketika era Pochettino.
Sepanjang tujuh tahun yang panjang itu, 69 gol telah dijaringkan dan 90 hantaran gol berjaya disumbangkan secara keseluruhan.
Harga £12.5 juta yang dibayar tetap diklasifikasikan sebagai satu kejayaan dalam perpindahan Spurs. Melihat kepada keupayaan, Eriksen sepatutnya jauh lebih mahal daripada itu.
Rujukan:
Victoria, J. (2021). Christian Eriksen – Denmark’s great number 10. Retrieved 4 July 2022, from https://www.planetsport.com/soccer/features/christian-eriksen-denmark-number-10-tottenham-hotspur-inter-milan