Momen ‘Respect’: Peminat Argentina Beri Tepukan Gemuruh Ketika Modric Dikeluarkan

Luka Modric, mungkin baru sahaja bermain aksi Piala Dunia terakhir buatnya. Dan dia telah meninggalkan legasi yang sukar untuk diulangi mana mana pemain Croatia selepas ini.

Luka Modric merupakan seorang pemain tengah terbaik dalam generasinya, menerima tepukan gemuruh daripada penyokong Argentina dan Croatia ketika dia meninggalkan padang pada malam Selasa.

Pemain tengah berusia 37 tahun itu, yang telah membuat 160 penampilan untuk Croatia sejak membuat penampilan sulung menentang Argentina pada 2006, berkata dia tidak akan bersara selepas kejohanan di Qatar pada tahun ini.

“Tidak, saya tidak akan meninggalkan pasukan kebangsaan,” katanya semasa berada di Qatar.

“Saya rasa sangat cergas, sangat baik dan saya akan kekal di sini sehingga saya boleh. Tiada sebab untuk bersara. Ini pilihan saya.”

“Orang berkata saya harus pergi dan fokus pada bola sepak kelab. Saya tidak setuju.”

Walaupun mengenepikan khabar angin mengenai masa depan antarabangsanya, Modric menerima tepukan gemuruh dari seluruh pelusuk Stadium Lusail ketika dia meninggalkan padang semasa kekalahan separuh akhir Croatia kepada Argentina.

Berdasarkan usianya yang ada pada hari ini, yang sudah pun 37 tahun, kemungkinan ini adalah aksi Piala Dunia terakhirnya. Ataupun Piala Dunia terakhir dia bergelar pemain utama.

Modric tidak dapat menahan sebaknya dan menitiskan air mata. Momen itu membuatkan ramai peminat tersentuh hati melihatnya. Mengenangkan jasa dan sumbangan luar biasanya kepada pasukan kebangsaan Croatia.

Sebaik sahaja pegawai keempat mengangkat papan tanda penggantian pemain, sebahagian besar peminat telah bertepuk tangan bersama-sama untuk Modric, yang kelihatan beremosi ketika dia berjalan ke arah bangku simpanan.

Lovro Majer dimasukkan pada babak akhir perlawanan, menggantikan pemain nombor 10 ikonik Croatia itu.

Satu stadium memberikan tepukan kepada Luka Modric terutama sekali peminat peminat Argentina yang berdiri untuk memberikan penghargaan kepada pemain veteran itu.

Stadium Lusail dipenuh dengan rata rata penyokong Argentina.

Seorang peminat berkata: “Modric adalah orang pertama yang saya simpati pada hari ini. Modric kalah dan dia orang pertama yang mengucapkan tahniah. Satu aksi penuh kelas.”

Manakala seorang lagi mengulas: “Modric ‘OFF’ [menamatkan tugasannya]. Sungguh hebat kerjaya yang dia miliki. Final Piala Dunia dan separuh akhir Piala Dunia bersama Croatia. Salah seorang legenda terbaik.”

Perjalanan Modric sehingga ke Piala Dunia tidak semudah yang disangka. Dia malah hampir terkorban ketika masih kecil. Pada usia enam tahun, hidupnya sentiasa bertarung dengan nyawa. Datuknya ditembak mati oleh pemberontak Serb berhampiran rumahnya.

Modric dan keluarganya tidak lama kemudianberpindah ke sebuah hotel pelarian di bandar pesisir pantai Zadar, tempat di mana peperangan masih berterusan, selepas rumah mereka hancur terbakar.

Beberapa tahun dia tinggal di zon perang dan membesar dengan bunyi bom tangan yang meletup ketika Perang Pembebasan Croatia semakin memuncak.

Pada tahun-tahun itu, beribu-ribu bom digugurkan di atas bandar tempat dia tinggal, tetapi bola sepak adalah salah satu cara untuk dia dan rakan rakannya yang lain ‘melarikan’ diri dari realiti peperangan.

Jurucakap Hotel Kolovare, tempat Modric tinggal ketika kecil, pernah berkata kepada The Daily Mail, “Dia telah memecahkan lebih banyak kaca di tingkap hotel daripada bom. Dia bermain bola sepak tanpa henti di sekitar dewan hotel.”

Namun, untuk menjadi pemain profesional, Modric pernah dilabel terlalu lembik dan pemalu untuk menjadi bintang bola sepak. Namun ternyata dia berjaya menepis sangkaan itu dengan menjadi salah seorang pemain tengah terbaik di dunia pada generasinya.

Selepas satu tahun kejayaan di Croatia pada 2005, Modric membeli rumah pangsa keluarganya di Zadar dengan wang hasil kontrak profesionalnya. Dan tidak lama kemudian menjadi salah seorang pemain terbaik kelab itu.

Tiga tahun kemudian, Modric menandatangani kontrak dengan kelab Liga Perdana, Tottenham – yang menjadi detik mengubah segala galanya buat Luka Modric.

Dia juga menjadi pemenang Ballon d’Or pertama dari negaranya. Memecahkan duopoli Cristiano Ronaldo dan Messi pada masa itu.

Baca yang lain

Bayern Munich Mahu Unai Emery

Pengurus Aston Villa, Unai Emery kini berada dalam radar Bayern Munich. Bekas pengendali PSG dan pemenang beberapa trofi UEL itu menunjukkan hasil