Arsene Wenger mengakui Mesut Ozil merupakan pemain yang cepat sentap ataupun sensitif. Namun Tun Wenger ada cara tersendiri untuk mengendalikan sensitiviti Ozil.
Wenger pernah memberikan penjelasan tentang sikap Ozil tersebut sebelum komen terbaru Nacho Monreal mendakwa Ozil sebagai pemain yang ada masalah dengan semua orang di Arsenal.
Ozil adalah pemain yang digambarkan Monreal sebagai kepala angin dengan sesiapa sahaja. Tetapi sebagai insan dia seorang insan yang sangat baik hati.
Wenger menyatakan dia ada cara tersendiri untuk mengendalikan Ozil. Wenger adalah pengurus yang berjaya meyakinkan Mesut Ozil untuk menyertai Arsenal.
Namun selepas pemergian Wenger, Ozil bermasalah dengan pengurus selepas itu iaitu Unai Emery dan juga Mikel Arteta.
Ozil kemudian digugurkan daripada skuad Arsenal di bawah kendalian Arteta. Seterusnya dilepaskan ke Fenerbahce.
Ex-Arsenal star Mesut Ozil removed from Fenerbahce squad amid verbal altercation @DKMatchreports https://t.co/QQHBhzTPcH
— Chris Wheatley (@ChrisWheatley_) March 24, 2022
Playmaker antarabangsa dari Jerman itu menjadi perhatian media sekali lagi apabila dia tidak sehaluan dengan pengurus interim Fenerbahce. Itu yang membuatkan Ozil disisihkan daripada skuad Fenerbahce.
Nacho Monreal berkata kepada FourFourTwo, Wenger pernah menyisihkan Ozil kerana tak tahan dengan perangai Ozil. Itu sebagai hukuman kepadanya.
Monreal berkata: “Masalah Ozil adalah dia ada masalah dengan semua orang.”
“Sampai ke satu tahap, dengan Wenger ianya menjadi teruk buat Ozil kerana dia disisihkan daripada bermain beberapa perlawanan.”
Monreal mengejutkan peminat Arsenal apabila menyatakan bahawa Unai Emery sebenarnya merancang mahu menjadikan Ozil sebagai pemimpin pasukannya di Arsenal.
Ini kerana Unai Emery seringkali dianggap sebagai pengurus yang tak menghargai Ozil. Lebih lebih lagi Emery menyisihkan Ozil kerana tak puas hati dengan kadar kerja Ozil ketika bertahan.
Monreal menambah: “Kemudian Unai Emery cuba mengembalikan Ozil ke dalam pasukan utama dan cuba menjadikan dia sebagai ketua kami.”
Unai Emery mulai memberikan keutamaan kepada Ozil dalam pemilihan pasukannya. Walaupun pada masa itu ada pemain lain bermain lebih baik dan prestasi lebih mantap.
“Ianya bermula dengan memberikan Ozil kata kata perangsang agar dia dapat keyakinan yang tinggi. Ozil diberikan peluang bermain lebih banyak berbanding pemain lain yang dalam keadaan lebih baik.”
“Ozil salah seorang pemain terbaik dalam pasukan, salah seorang pemain dibayar gaji tertinggi, namun mereka tidak nampak Ozil berada di tahap yang diharapkan.”
“Sebagai manusia, dia sangat baik dengan semua orang. Dia juga banyak terlepas aksi kerana masalah kecederaan.”
🗣| Nacho Monreal on his former teammate, Mesut Ozil at Arsenal. pic.twitter.com/ZppjNON4WI
— now.arsenal (@now_arsenaI) March 29, 2022
Wenger pernah tampil menjelaskan pada Disember lalu bahawa Ozil sebenarnya sangat mudah untuk diuruskan. Dan dia akan membalasnya dengan kualitinya yang akan memberikan impak kepada seluruh pasukan dan pemain di sekitarnya.
Wenger berkata dalam siri podcast Caught Offside: “Ozil bukan pemain yang sukar diuruskan. Dia adalah pemain yang ada kualiti istimewa sebagai pemain kreatif dan perlu berseronok menikmati permainan.”
Menurut Wenger, Ozil ibarat seorang artis yang berseni di atas padang. Seorang seniman itu memang akan ada sikap sensitif dalam diri mereka. Mudah sensitif dan emosi mudah tak stabil.
Jadi Wenger menegaskan bahawa perlu ada kompromi dalam mengendalikan pemain pemain seperti ini.
“Dia adalah artis [seniman] dan orang orang seperti ini memang agak sensitif. Mereka perlukan persekitaran yang menyokong mereka untuk membolehkan memberikan yang terbaik mereka ada.”
Arsene Wenger had way of handling "sensitive" Mesut Ozil when he "had problems with everyone" at Arsenalhttps://t.co/4jnNGKMlDo pic.twitter.com/MU9SxTXp9a
— Mirror Football (@MirrorFootball) March 31, 2022
Kemudian Wenger menambah: “Anda mempunyai dua cara untuk melihat pasukan bola sepak. Anda meminta semua orang melakukan perkara yang sama – intensiti kerja yang sama, kerja pertahanan yang sama – atau anda menemui kompromi.”
“Anda mempunyai pemain yang lebih kreatif dalam pasukan yang hanya boleh melakukan kerja pertahanan yang sangat sedikit.”
“Tetapi dengan dia, anda membina pasukan di sekelilingnya yang boleh mengimbangi kekurangan ini. Itulah yang anda perlu fikirkan.”