Alvaro Morata terkejut apabila isterinya menceraikannya kerana dia berpindah ke AC Milan. Morata menafikan dia curang, menjadi punca Alice Campello menceraikannya. Sebaliknya ia berlaku kerana dia berkeras mahu menyertai AC Milan.
Morata menyertai AC Milan dari Atletico Madrid dengan perpindahan sekitar €13 juta. Pemain itu dilaporkan kecewa dengan layanan peminat Atleti ke atasnya di mana dia seringkali menjadi kambing hitam dan tidak dihargai.
Morata yang bertemu dengan Alice Campello ketika kali pertama dia bermain untuk Juventus dahulu. Dan mereka mendirikan rumah tangga pada 2017. Ramai yang memikirkan isterinya gembira untuk pulang semula ke Itali kerana Alice asal Itali.
Tetapi Morata menyatakan itulah sebabnya mereka bercerai. “Saya tak pernah sesekali curang dengan Alice, dia wanita paling penting dalam hidup saya. Namun kami berselisih pendapat tentang perpindahan ke AC Milan. Dia sudah tak mahu berpindah randah lagi. Dan mahu tinggal di Madrid sahaja untuk membesarkan 4 orang anak kami.
Isterinya juga meminta pemain itu memilih kelab kelab di sekitar Sepanyol sekiranya dia tidak mahu bermain untuk Atletico Madrid lagi. Tetapi Morata sudah memutuskan untuk datang ke AC Milan.
“Walaupun kami dah berpisah, namun demi anak anak hubungan kami masih baik baik sahaja. Kami tak akan teragak agak atas nama kepentingan anak kami,” tegas kapten antarabangsa Sepanyol itu.
⚽️ Álvaro Morata has explained that he split from his wife Alice Campello after seven years of marriage because she didn’t want to move to Italy following his move to AC Milan. pic.twitter.com/slQxxE7NxK
— Tip Off (@xxxTipOff) August 19, 2024
Alvaro Morata memulakan kariernya di AC Milan dengan gol pada debut menentang Torino. Namun Milan tetap gagal untuk menang apabila terikat seri 2-2.
Peminat Milan kagum dengan Morata yang sanggup memilih Milan berbanding isterinya. Dan mereka juga berharap pasangan tersebut bersatu semula suatu hari nanti.
Beberapa minggu yang lalu, Morata membantu dan mengetuai Sepanyol menjulang kejuaraan Euro keempat dalam sejarah negara mereka. Morata memainkan peranan sebagai pemimpin, pemain senior dan juga mentor kepada pemain pemain muda menurut De La Fuente – pengurus Sepanyol.