Morbidelli Label Zarco Sebagai ‘Half Killer’, Rossi Kritik Zarco Selalu Tunggang Secara Merbahaya

Kemalangan melibatkan Zarco dan Morbidelli sangat mengerikan. Rossi menyatakan beliau masih lagi ketakutan melihat perlanggaran seperti itu.

The Doctor turut menganggap ia adalah detik paling mencemaskan dalam kariernya.

Rossi berkata:

“Saya sangat takut. Badan saya menggeletar ketika menyambung semula perlumbaan, ianya menjadi sukar.”

“Saya dengan Maverick memperlahankan motor kami dan kami melihat objek melintas. Saya nampak bayang bayang melintas, ingatkan ia helikopter terbang lalu di hadapan kami.

Rossi kemudian melabel Zarco mementingkan diri sendiri dan tidak kisah akan orang lain.

Rossi menyalahkan Zarco sepenuhnya sebagai punca kepada insiden itu.

Rossi menegaskan Zarco sedar tindakannya dan sengaja membrek dengan ketika dengan kelajuan lebih 300kmj pada keadaan sempit tersebut dan membahayakan orang lain.

Rossi menganggap ini bukan pertama kali Zarco menunggang secara berbahaya tanpa mempedulikan pelumba lain.

“Tiada masalah untuk kami menjadi agresif, namun apa yang kamu jangan sesekali hilang rasa hormat kepada lawan kamu.”

“Ini sukan berisiko tinggi, kamu harus menghormati orang lain. Bagi Zarco ini bukan benda baru.”

“Franco tak dapat berbuat apa apa, dia melanggar Zarco kerana Zarco tiba tiba membrek dengan kuat di hadapannya.”

“Kita kena sentiasa berhati hati. Kalau tak, kita boleh cedera, dan pengurusan harus bercakap dan melakukan sesuatu ke atas Zarco.”

“Juga minggu lalu, dia membuatkan Espargaro tersingkir, hari ini Morbidelli. Zarco ni gila la” tambah Rossi.

“Ini trek yang dipenuhi motosikal yang laju. Kita sentiasa berada 250kmj dan ke atas.”

“Kamu kena sentiasa berhati hati.”

Ditanya bagaimana beliau menguatkan semangatnya untuk kembali berlumba, Rossi berkata: “Mereka ada berkata, orang yang berani ni sama ada mereka akan buat benda gila ataupun tiada pilihan lain.”

“Saya memang tiada pilihan. Mereka suruh saya kembali ke motosikal, dan saya hanya mampu kata OK.”

Morbidelli kemudian melabel Zarco sebagai separuh pembunuh. Morbidelli tidak berpuas hati dengan tindakan Zarco yang sangat berisiko.

“Saya ok berbanding dengan bagaimana kemalangan itu berlaku. Zarco adalah separuh pembunuh. Dia membrek seperti ini, pada kelajuan 300kmj bermakna dia tidak sayangkan nyawa orang lain yang berlumba di sampingnya.”

“Tindakannya sangat membahaykan saya dan dirinya sendiri, dan juga kepada Valentino Rossi serta Maverick Vinales. Pada momen saya membrek, dia menukar trajektori dan ia mengakibatkan kemalangan.”

Ditanya tentang peluangnya untuk berlumba minggu hadapan, Morbidelli berkata: “Minggu depan? Saya akan berada di sana.”