Morbidelli Mahukan Motosikal Kilang Tahun Depan Sama Macam Rossi Dan Pelumba Lain

Pelumba Petronas Yamaha SRT, Franco Morbidelli, menyatakan apakah permintaan dan keinginan khasnya untuk MotoGP 2021. Dia mengakui bahawa dia meminta untuk menunggang motosikal kilang Yamaha, sama seperti Fabio Quartararo, Maverick Vinales dan Valentino Rossi.

Keinginan ini dinyatakan oleh Franco Morbidelli menjelang perlumbaan MotoGP Perancis di Litar Le Mans hujung minggu ini.

Morbidelli musim ini menggunakan motosikal Yamaha M1 yang lebih tua daripada tiga pelumba Yamaha yang lain. Rakan sepasukannya, Quartararo, juga diberi motosikal kilang terkini.

Walaupun menggunakan motosikal yang berbeza, Morbidelli terbukti mampu bersaing. Malahan, dia mampu mencipta satu kemenangan di MotoGP San Marino.

Franco Morbidelli mendengar Valentino Rossi juga akan terus diberikan motosikal kilang pada musim hadapan walaupun beraksi di pasukan satelit.

Kini, anak didik Valentino Rossi ini sudah tidak teragak-agak untuk menyatakan hasratnya. Dia mahu mendapatkan motosikal yang berkuasa paling tinggi seperti tiga penunggang Yamaha yang lain.

“Kami berusaha untuk menentukan aspek ini. Saya sudah memberitahu pasukan apa yang saya suka, iaitu motosikal Yamaha rasmi pada tahun 2021. ”

“Tetapi, perkara seperti ini masih harus dibincangkan diputuskan antara pasukan dan Yamaha. Kita akan lihat sama ada ya atau tidak, kerana saya tidak ada jawapannya,” kata Franco Morbidelli.

Ini bukan pertama kali Morbidelli menyindir Yamaha untuk memberikannya motosikal terbaik mereka. Sebelum ini Morbidelli membuat kenyataan menyatakan dia masih boleh beraksi cemerlang walaupun menggunakan motosikal lama.

Terdapat khabar angin di paddock mengenai masa depan Petronas. Dilaporkan, Petronas kemungkinan akan berpindah ke tim satelit Suzuki.

Morbidelli mengakui bahawa dia tidak bimbang dengan khabar angin tersebut.

“Saya tidak terlalu bimbang dengan perjanjian, kontrak. Saya hanya memerlukan pasukan dan motosikal untuk berlumba. Saya mendengar ini untuk pertama kalinya, saya tidak pernah bertanya mengenai keadaan teknikal, kecuali yang berkaitan dengan saya dan motosikal,” kata Morbidelli.

“Khabar angin hanyalah khabar angin. Saya tidak terlalu mempercayai khabar angin. Mungkin beberapa khabar angin ini benar, tetapi anda tidak mempercayainya,” tambah Morbidelli.

Sumber: GP One

Baca yang lain