Moto 2: Pasukan Rossi Kuasai 1-2, Hafizh Syahrin Terlibat Kemalangan Lagi

Hafizh Syahrin baru sahaja kembali daripada kecederaannya.

Beliau sebelum ini membuatkan ramai peminat gembira dengan mengumumkan dirinya cergas untuk berlumba di Misano.

Hafizh Syahrin juga mendedikasikan perlumbaan beliau kali itu untuk arwah nendanya yang meninggal dunia minggu lalu.

Beliau meneruskan perjuangannya walaupun masih bersedih. Jiwanya harus kuat.

Hafizh Syahrin maju bangkit pada perlumbaan kali ini.

Hafizh Syahrin berada dalam kedudukan 10 teratas.

Namun ketika perlumbaan berbaki empat pusingan lagi, Pescao terbabas.

Walaubagaimanapun Aspar melaporkan bahawa pelumba mereka itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

Laporan perlumbaan Moto2 GP Misano 2020

Pasukan milik Valentino Rossi, SKY Racing Team VR46, menapau kejayaan besar dalam perlumbaan siri ketujuh Moto2 2020 di Litar Misano, San Marino.

Duo SKY Racing Team VR46: Luca Marini (adik Valentino Rossi) dan Marco Bezzecchi dapat menamatkan saingan 1-2.

Hasil kejayaan ini, Marini semakin kukuh berada di tangga teratas dengan 112 mata.

Luca Marini memimpin perlumbaan dari awal lagi.

Di mana beliau adalah pelumba yang memulakan di petak pertama setelah memenangi kedudukan pole dengan Sam Lowes diberi penalti permulaan dari pit lane.

Marini bahkan satu ketika berada 1-2 saat di hadapan pelumba di tempat kedua yang merupakan rakan sepasukannya sendiri.

Secara keseluruhan, pelumba tuan rumah menguasai perlumbaan Moto2 San Marino. Kerana podium ketiga juga dimiliki oleh pelumba Itali, Enea Bastianini.

Keputusan penuh

1. Luca MARINI (Team VR46) 40’41.774
2. Marco BEZZECCHI (Team VR46) +0.799
3. Enea BASTIANINI (Italtrans Racing) +0.897
4. Xavi VIERGE (Sepang Racing Team) +2.177
5. Augusto FERNANDEZ (Marc VDS) +8.307
6. Thomas LUTHI (Intact GP) +9.046
7. Fabio DI GIANNANTONIO (Speed Up) +9.971
8. Sam LOWES (Marc VDS) +16.485
9. Aron CANET (Aspar Team) +17.036
10. Joe ROBERTS (American Racing) +17.209
11. Lorenzo BALDASSARRI (Pons Racing) +17.741
12. Marcos RAMIREZ (American Racing) +19.152
13. Lorenzo DALLA PORTA (Italtrans Racing) +21.946
14. Simone CORSI (Forward Racing) +22.005
15. NicolΓ² BULEGA (Gresini) +24.404
16. Jake DIXON (Sepang Racing Team) +24.663
17. Stefano MANZI (Forward Racing) +27.442
18. Somkiat CHANTRA (Honda Team Asia) +32.671
19. Bo BENDSNEYDER (RW Racing GP) +35.844
20. Kasma DANIEL (TKKR SAG) +46.463

DNF

Tetsuta NAGASHIMA (KTM Ajo) 1 Lap
Hafizh SYAHRIN (Aspar Team) 4 Lap
Marcel SCHROTTER (Intact GP) 7 Lap
Andi Farid IZDIHAR (Honda Team Asia) 9 Lap
Jesko RAFFIN (RW Racing GP) 10 Lap
Edgar PONS (Gresini) 13 Lap
Jorge NAVARRO (Speed Up) 15 Lap
Hector GARZO (Pons Racing) 19 Lap

Baca yang lain

Tuchel Tuduh Pengadil Memihak Arsenal

Thomas Tuchel menuduh pengadil sebagai berat sebelah memihak kepada Arsenal. Ini selepas beberapa keputusan pengadil dianggap memihak Arsenal dan tidak kepada Bayern.