MotoGP: Marquez Kembali Dan Kesal Sebabkan 2 Pelumba Lain Kemalangan

Marc Marquez yang baru kembali ke trek di MotoGP Aragon yang diadakan pada Ahad, 18 September 2022. Namun kepulangannya berakhir dengan satu lagi tragedi.

Di mana dia gagal melepasi garisan penamat malah menyebabkan dua pelumba lain terjatuh.

Ketika perlumbaan baru bermula, pelumba Perancis, Fabio Quartararo, dilihat terlanggar belakang motosikal Marc Marquez di selekoh kelima dan terjatuh serta-merta dengan impak agak kuat.

Tidak lama selepas kejadian itu, Marquez kemudian dilihat melanggar Takaaki Nakagami, yang menyebabkan Nakagami terjatuh di tengah-tengah trek.

Selepas kejadian itu, penunggang Honda itu tidak meneruskan perlumbaannya dan terus ke pit di mana pasukannya.

Dipetik dari Instagram Marquez, dia berkata terdapat masalah pada motosikalnya sehingga menyebabkan kedua-dua penunggang itu terjatuh. Dia menganggap insiden itu sebagai nasib malang kepada semua yang terlibat kerana kesilapan kecil memberikan impak besar.

“Di selekoh 3 saya kehilangan cengkaman di bahagian belakang jadi saya berhubung dengan Quartararo. Kemudian akibat dari kejadian ini terdapat bahagian motor Quartararo yang tersangkut di dalam motor saya yang menyebabkan motor tersebut terkunci dan bergerak ke kiri.”

“Itulah sebabnya saya ingin memohon maaf kepada Nakagami dan Quartararo,” kata pelumba dari Sepanyol itu dalam satu wawancara selepas perlumbaan.

Quartararo sendiri berkongsi situasinya selepas jatuh di akaun Instagram miliknya.

Dalam gambar yang dimuat naik itu, kelihatan beberapa balutan di bahagian perutnya namun dia menulis tiada kecederaan serius yang dialami akibat kejadian itu.

Quartararo menjelaskan bahawa dia tidak boleh mengelak motor Marquez yang sedikit hilang keseimbangan di hadapannya ketika kejadian tersebut.

Ramai juga berpendapat bahawa insiden tersebut boleh menjadi turning point kepada penentuan kejuaraan pada akhir musim

Bagnaia Gagal Kekal Kemenangan berturut-turut

Pelumba Itali, Francesco Bagnaia, yang bermula dari petak pertama mengetuai perlumbaan sehingga pusingan terakhir.

Tetapi ketika dia menghampiri garisan penamat, Bastianini, yang berada dekat di belakangnya, berjaya memintas Bagnaia dan muncul juara pada MotoGP Aragon 2022.

Bagnaia juga terpaksa berpuas hati di tempat ke-2 dan diikuti oleh Aleix Espargaro yang berada di tempat ke-3.

Daripada keputusan ini Bagnaia masih menghuni kedudukan ke-2 dalam kedudukan kejuaraan dunia dengan perbezaan 10 mata dengan Quartararo yang masih mendahului kedudukan dengan 211 mata.

Dengan baki lima perlawanan, Ducati telah pun bertapak sebagai juara dunia bagi pasukan pengeluar dengan 346 mata, jauh berbeza dengan pereka enjin lain yang.

Sebagai perbandingan, pasukan di tempat ke-2, Aprilia mempunyai perbezaan 129 mata dengan Ducati.

Keputusan penuh MotoGP Aragon 2022

1. Enea Bastianini
2. Francesco Bagnaia
3. Aleix Espargaro
4. Brad Binder
5. Jack Miller
6. Jorge Martin
7. Luca Marini
8. Johann Zarco
9. Alex Rins
10. Marco Bezzecchi
11. Miguel Oliveira
12. Alex Marquez
13. Maverick Vinales
14. Carl Crutchlow
15. Pol Espargaro
16. Remy Gardner
17. Franco Morbidelli
18. Daren Binder
19. Fabio Di Giannantonio
20. Raul Fernandez
21. Fabio Quartararo (DNF)
22. Marc Marquez (DNF)
23. Takaaki Nakagami (DNF)

Baca yang lain

Bernardo Silva Singkir Chelsea

Chelsea disingkirkan oleh Manchester City daripada separuh akhir Piala FA 2023/24. Jaringan tunggal oleh Bernardo Silva minit ke-84, membuatkan Chelsea gigit jari