MotoGP: Masa Depan 4 Pelumba Power Itali Tak Menentu, Isu Gaji Antara Faktor Penghalang

Itali antara negara yang terus melahirkan pelumba handalan di arena MotoGP.

Namun ketika ini nasib 4 pelumba kelas A mereka masih menjadi tanda tanya.

Mereka ialah Valentino Rossi, Andrea Dovizioso, Danilo Petrucci, dan Andrea Iannone.

Salah satu daripada halangannya adalah bayaran gaji yang diminta. Dengan lambakan ramai pemandu baharu yang berbakat, banyak pasukan lebih mempertimbangkan prestasi berbanding publisiti.

Rossi masih belum memuktamadkan pasukannya musim hadapan meskipun dikaitkan dengan banyak pasukan termasuk pasukan satelit, PETRONAS Yamaha Sepang Racing Team (PETRONAS Yamaha SRT).

Perbincangan dilaporkan sedang berlangsung dan halangan utama pastinya permintaan gaji Rossi.

Meskipun The Doctor menerima pengurangan gaji daripada sebelum ini, ianya masih berada di paras yang agak tinggi untuk sebuah pasukan seperti Yamaha SRT.

Sementara itu, berita Rossi berunding dengan Yamaha SRT dianggap satu langkah ke belakang. Bos LCR Honda Nasihatkan Rossi, Jangan Malukan Diri Sertai Petronas Yamaha Sepang Racing Team.

Seterusnya masa depan Dovizioso yang selama ini menjadi tunggak utama Ducati juga di tengah ketidakpastian. Keputusan Ducati mengikat Jack Miller membuat posisi Dovizioso sedikit terjejas.

Sejauh ini rundingan Dovizioso dengan Ducati juga berdepan dengan beberapa siri tarik tali. Dovizioso pastinya mahu mendapatkan jaminan bahawa beliau adalah pelumba utama dengan gaji lebih lumayan.

Masalah utama Ducati dilaporkan adalah gaji pelumba tersebut. Dari segi prestasi, beliau tidak ada masalah langsung. Kekangan ekonomi kerana COVID-19 juga menjadi salah satu sebabnya.

Banyak pasukan cuba mengurangkan perbelanjaan mereka sedaya upaya yang mereka mampu.

Ducati turut mempertimbangkan untuk mendapatkan Valentino Rossi dan juga Andrea Iannone.

Danilo Petrucci yang disingkirkan dari Ducati disebut bakal berebut tempat dengan seorang lagi pelumba Itali, Andrea Iannone. Ducati masih berminta dengan Andrea Iannone.

Namun tempat Iannone kelihatan terancam kerana Petrucci.

Kedua-dua pelumba dilaporkan sedang berunding dengan Aprilia. Menurut Tuttomotoriweb, Petrucci memiliki peluang lebih cerah untuk bergabung dengan Aprilia.

Ini berdasarkan rekod sebelum ini, di mana pasukan tersebut pernah menginginkan Petrucci beberapa tahun lalu.

Sementara itu Iannone pula tidak pasti akan terus berada di Aprilia. Dan beliau dijangkan akan beraksi bersama Pramac yang menggunakan motor Ducati, motor yang pernah dikendalikan oleh Iannone.

Dua pelumba muda Itali, Peco Bagnaia dan Franco Morbidelli pula memiliki peluang besar untuk terus kekal dalam pasukan masing masing.

Setakat ini, masih banyak pasukan yang belum mengesahkan pelumba mereka untuk musim baharu. Hanya Monster Energy Yamaha dan Suzuki sahaja yang sudah mengesahkan dua pelumba mereka dengan pengumuman rasmi yang mereka buat sebelum ini.