Prinsipal pasukan Petronas Yamaha Sepang Racing Team (SRT) Datuk Razlan Razali optimis bahawa pelumba utama mereka, Fabio Quartarari akan menjadi juara MotoGP musim ini.
Quartararo baru sahaja menyerahkan singgahsana carta kepada Joan Mir selepas gagal menunjukkan aksi cemerlang di Aragon. Joan Mir kini mengutip 121 mata. 10 mata di atas Quartararo.
Quartararo bergelut dengan masalah tayar yang terlalu tinggi tekanan dan membuatkan motosikalnya semakin lama semakin sukar dikawal.
Dipetik dari BERNAMA, Datuk Razlan berkata:
“Bagi saya, sukar untuk meramal peluang Quartararo, memandangkan pasukan sentiasa berdepan dengan keadaan di luar jangkaan pada hari perlumbaan.”
“Sasaran sebenar kami untuk meraih kedudukan podium dalam beberapa perlumbaan sudah tercapai, namun kami akan berusaha untuk memburu keputusan positif dalam baki empat perlumbaan kerana jurang mata Quartararo dengan pendahulu (pelumba Team Suzuki Ecstar) Joan Mir (dari Sepanyol), tidak begitu jauh.”
Razlan optimistic of Quartararo's chances to win first world MotoGP titlehttps://t.co/h3QNrJYico pic.twitter.com/9mriDgavUP
— BERNAMA (@bernamadotcom) October 20, 2020
Masih ada baki empat perlumbaan lagi pada mysim ini.
Fabio Quartararo boleh menempa sejarah sebagai pelumba pasukan satelit Yamaha yang pertama menjadi juara dunia.
Namun persaingan musim ini sangat sengit. Quartararo sebelum ini sudah memberikan amaran kepada pasukannya bahawa setiap inci kesilapan bodoh mereka boleh menjadi perbezaan yang sangat besar dalam menentukan kejuaraan mereka musim ini.
Quartararo turut menegaskan bahawa di kem Yamaha tiada isu persaingan sesama pelumba mereka. Namun fokus mereka adalah untuk saling bekerjasama.
Dengan kedudukan sekarang ini, Suzuki berada di kedudukan terbaik untuk menjuarai kejuaraan dunia sama ada dalam kategori pelumba mahupun pasukan.