MotoGP Tak Boleh Ikut SOP Kerajaan Malaysia, Datuk Razlan Dalam Misi Menyelamat

Bos pasukan Petronas Yamaha SRT, Datuk Razlan Razali kini sedang sibuk dalam usaha beliau mahu memastikan sesi ujian di litar Sepang berjalan seperti yang dirancang.

Misi beliau dianggap misi menyelamatkan sesi pra musim itu daripada dibatalkan. Lebih lebih lagi ini adalah musim pertama untuk gandingan Morbidelli-Rossi bersama dengan SRT.

Sebelum ini pihak MotoGP menyatakan bahawa mereka tidak pasti bahawa sesi ujian tersebut akan dapat diteruskan kerana prosedur kerjasama Malaysia yang wajibkan kesemua mereka yang datang dari luar negara untuk dikuarantin wajib selama 7 hari.

Ianya mustahil untuk MotoGP turuti SOP tersebut. MotoGP sedar bahawa polisi ketat itu mungkin akan menghalang usaha mereka untuk mengadakan sesi ujian di Litar Sepang.

Berdasarkan perancangan awal sesi ujian di litar Sepang sepatutnya berlangsung pada 19-21 Februari depan.

Selain daripada kuarantin wajib 7 hari, pelawat juga harus memastikan mereka negatif dalam ujian saringan PCR.

Oleh itu bekas CEO Litar Sepang, Datuk Razlan cuba meminta pengecualian daripada kerajaan Malaysia untuk gelembung MotoGP.

MotoGP tak boleh ikut SOP kerajaan Malaysia

Gelembung ini diwujudkan oleh MotoGP sama seperti musim lalu. Di mana hanya mereka yang disahkan bebas wabak sahaja berada dalam gelembung itu. Dan jika ada jangkitan, mereka akan dikuarantin secara terus sebelum masuk semula.

Pihak MotoGP sebelum ini berusaha untuk berunding dengan kerajaan Malaysia agar memberikan fleksibiliti kepada gelembung MotoGP yang diwujudkan di kalangan staf dan pelumba sahaja.

Dorna Sports, IRTA, dan Datuk Razlan Razali, mantan CEO Litar Antarabangsa Sepang, antara yang sedang berusaha bersungguh sungguh mendapatkan kerjasama dengan Kerajaan Malaysia.

Ini bertujuan agar semua orang yang terlibat dalam Ujian Pra Musim Musim MotoGP 2021 dikecualikan dari peraturan kuarantin wajib. Sistem gelembung yang diterapkan oleh MotoGP ke semua siri sepanjang musim lalu, dipercayai akan kembali berkuat kuasa bermula di latihan pra musim di Malaysia.

Selain mengulangi penggunaan sistem gelembung, jumlah anggota pasukan yang dapat menghadiri Litar Antarabangsa Sepang juga akan dikurangkan. Jumlahnya mungkin kurang dari maksimum 40 untuk pasukan pengeluar dan 25 untuk pasukan satelit.

Usaha tersebut perlu dilakukan untuk memastikan keselamatan dan kesihatan semua yang terlibat dalam MotoGP.

Walaupun pada ketika ini, segalanya nampak sukar. Namun Kejuaraan Dunia MotoGP 2020 telah berjaya dilangsungkan dengan jayanya. MotoGP yakin pengalaman mereka musim lalu akan digunakan untuk musim hadapan.

Sekiranya semuanya berjalan lancar, MotoGP kemudian akan berpindah ke Qatar untuk ujian pra-musim kedua pada 10-12 Mac 2021. Ia akan menjadi ujian terakhir sebelum aksi pembukaan di Litar Antarabangsa Losail pada 26-28 Mac.

Terdapat 20 Siri perlumbaan pada musim. Namun dua GP Czech dan Brno sudah sah menarik diri daripada penganjuran dan ianya masih belum ada pengganti ketika ini.

Selain itu, GP Argentina dan Amerika Syarikat yang akan menjadi GP kedua dan ketiga juga berpotensi ditangguhkan atau dibatalkan kerana situasi semasa di negara tersebut.

MotoGP sudah merancang Ujian Pra Musim Musim MotoGP 2021 di Litar Antarabangsa Sepang, Selangor, Malaysia. Kini pihak MotoGP dalam proses akhir untuk persediaan dan berbincang dengan kerajaan Malaysia.

Sebagai tambahan, Litar Antarabangsa Sepang telah menjadi tempat ujian pra musim selama empat tahun terakhir. Litar Sepang dianggap antara litar terbaik untuk ujian pra musim. Kerana cuaca di Malaysia yang mencabar serta fasiliti yang terbaik ada di sana.