MotoGP: Vinales Ketuai Dominasi 1- 2 Yamaha, Rossi Kesebelas

Para pelumba Yamaha menikmati siri MotoGP San Marino 2020 dengan sangat cemerlang pada hari ini.

Penunggang motosikal YZR-M1 berjaya menguasai kedudukan 1-2 di Latihan Percuma 1 (FP1) di Litar Misano, San Marino.

Vinales sebelum ini yang terlibat dalam insiden mengejutkan dunia ketika terjun daripada motosikalnya ketika pada kelajuan 218kmj kerana brek meletup, nampaknya berjaya melupakan peristiwa itu.

Maverick Vinales dan Fabio Quartararo menguasai dua kedudukan teratas.

Sayangnya, permulaan positif Vinales dan Quartararo gagal diikuti oleh pelumba Yamaha lain, seperti Valentino Rossi.

Dengan status pelumba tuan rumah, Rossi sekali lagi berada di luar kelompok 10 teratas. Dengan pusingan terbaik Rossi adalah 1 minit 33.693 saat.

Valentino Rossi menamatkan FP1 di tangga kesebelas. Selepas tamat perlawanan Rossi menyatakan keadaan beliau bercampur baur perasaannya.

Dari segi grip, Rossi mengakui aspek itu nampak sudah ada perubahan. Namun perubahan itu sedikit sukar disesuaikan dengan tayar beliau.

Lalu Rossi berharap dalam FP2 Rossi akan mendapatkan prestasi terbaik.

Vinales juga mengalahkan Quartararo hanya dengan jurang 0.550 saat. Sementara kedudukan ketiga secara mengejutkan berjaya diraih oleh pelumba Aprilia, Aleix Espargaro.

Rakan sepasukannya, Bradey Smith juga cukup cemelermag dengan dengan menduduki tempat kelima.

Juara dalam siri sebelum ini, Miguel Oliveira dari KTM pula agak mengecewakan sedikit prestasinya dengan menamatkan FP1 di tangga tercorot.

Seorang lagi pelumba pilihan iaitu Andrea Dovizioso pula menamatkan saingan hanya di kedudukan ke-14.

Keputusan lengkap MotoGP FP1 San Marino:

1. Maverick Vinales (Yamaha) 1 minit 32.198 saat

2. Fabio Quartararo (Yamaha) +0,550 saat

3. Aleix Espargaro (Aprilia) +0.751 saat

4. Johann Zarco (Avintia Ducati) +0,983 saat

5. Bradley Smith (Aprilia Gresini) +1.046 saat

6. Joan Mir (Suzuki) +1,299 saat

7. Jack Miller (Pramac Ducati) +1,304 saat

8. Cal Crutchlow (LCR Honda) +1,340 saat

9. Pol Espargaro (KTM) +1.371 saat

10. Takaaki Nakagami (LCR Honda) +1.456 saat

11. Valentino Rossi (Yamaha) +1.495 saat

12. Franco Morbidelli (Petronas Yamaha) +1.496 saat

13. Brad Binder (KTM) +1,630 saat

14. Andrea Dovizioso (Ducati) +1,670 saat

15. Alex Marquez (Repsol Honda) +1,723 saat

16. Alex Rins (Suzuki Ecstar) +1,842 saat

17.Danilo Petrucci (Pasukan Ducati) +1.903 saat

18. Pecco Bagnaia (Pramac Ducati) +1,956 saat

19. Stefan Bradl (Repsol Honda) +2.125 saat

20. Iker Lecuona (KTM Tech 3) +2.355 saat

21. Tito Rabat (Avintia Ducati) +2,421 saat

22. Miguel Oliveira (KTM Tech3) +2.447 saat