Pelumba Mosnter Energy Yamaha, Maverick Vinales, telah memulakan musim 2021 dengan cemerlang. Dia memenangi MotoGP Qatar di litar Losail
Aksi Vinales mendapat pujian daripada ramai pihak. Vinales bermula dari petak ketiga, dan mengalami kesukaran di pusingan pertama, membuatkan beliau turun di belakang dua pelumba Ducati Lenovo, Francesco Bagnaia dan Jack Miller, dan Johan Zarco dan Jorge Martin dari Pramac Ducati.
Namun, Vinales terus memperbaiki kedudukannya sehingga dia berada di belakang Bagnaia di pertengahan perlumbaan. Vinales juga berjaya memintas Bagnaia dalam pertempuran untuk mendapat tempat pertama.
Sejak menduduki tempat pertama, Vinales segera menjarakkan diri jauh dari pelumba lain. Zarco dan Bagnaia terus cuba memintasnya.
Pengulas MotoGP terkenal, Carlo Pernat menganggap aksi Vinales sebagai kemas dan berjaya menyesuaikan diri dengan baik sekali dengan tayar baharu Michelin berbanding pelumba lain.
βVinales sangat bagus, dia mengejutkan kita semua. Dia tidak boleh cuai dalam memakai tayar belakang semasa separuh perlumbaan dan dia berada dalam kedudukan yang baik untuk mengendalikan tayar dengan motosikalnya,β kata Carlo.
π₯ πππ πππ π₯
Maverick ViΓ±ales takes a superb win in the desert!
Judged to perfection π#QatarGP pic.twitter.com/7rUIvCBlYP
β MotoGP on BT Sport (@btsportmotogp) March 28, 2021
Tumpuan Vinales seterusnya adalah aksi di Doha pada 5 April ini dalam usahanya mahu memecut awal musim ini dalam carta perlumbaan.
Namun aksi menarik adalah ketika Joan Mir dipintas di saat saat akhir dari kedudukan kedua dan hilang podium sekelip mata.
Segalanya kerana kesilapan percaturan Mir yang dipintas oleh dua motosikal Ducati yang dianggap memiliki kuasa yang menggerunkan.
It looked as though @JoanMirOfficial had P2 wrapped up! π
But a late mistake and Ducati power changed everything! π²#QatarGP πΆπ¦ pic.twitter.com/TXF4fA5ZrU
β MotoGPβ’π (@MotoGP) March 28, 2021
Sementara itu aksi pelumba veteran, Valentino Rossi bersama SRT berakhir dengan kedudukan di tangga ke-12 dalam perlumbaan pertama.
Sementara itu rakannya, Franco Morbidelli berada di tangga ke-21. Berikut adalah keputusan penuh MotoGP Qatar.