Motorola akan mengeluarkan telefon pintar dengan ram sebesar 12 GB, serta kamera selfie pop up.
Motorola melalui minggu yang sibuk dengan menguruskan pra tempahan Motorola Razr, Telefon pintar lipat secara vertikal.
Telefon baharu yang berkuasa tinggi akan dikeluarkan selepas ini diberikan nama Motorola Edge+.
Selepas beberapa spekulasi tetangnya, akhir hari ini seakan akan disahkan menerusi satu penyebaran maklumat di atas talian.
Seperti yang korang tempat pada imej di bawah ini, tertera nama “motorola motorola edge plus” yang sudah ditanda aras oleh Geekbench.
Menerusi butiran yang ada ini, bermakna telefon pintar ini sepatutnya sudah semakin hampir untuk dikeluarkan.
Telefon pintar Motorola Edge+ ini dikuasakan oleh cip Qualcomm Snapdragon 865 SoC. Seperti dinyatakan di atas Edge Plus akan dipacu oleh ram 12GB dan storan 128GB dengan Android 10.
Edge Plus juga dijangka hadir dengan kamera selfie punchole. Selain itu Edge Plus turut akan dibekalkan dengan stylus macam Galaxy Note.