Motorola bakal memperkenalkan telefon flip berinspirasikan model legenda RAZR mereka. CNET melaporkan ianya bakal diperkenal kepada umum pada 13 November hadapan, dalam satu acara khas.
Report: Motorola thinks you’ll buy a “mid-range” Razr foldable phone for $1,500 https://t.co/tcrwUb7vB3
— Android Authority (@AndroidAuth) August 20, 2019
Konsepnya adalah skrin vertikal yang anda boleh flip. Projek ini sudah pun diumum pada Februari yang lalu.
Motorola berharap produk ini akan dapat mengembalikan semula kegemilangannya.
Satu imej telah tertiris di Weibo dipercayai rekaan terbaru telefon flip tersebut.
Motorola invite hints at rumored foldable Razr phone https://t.co/sh564goGtv pic.twitter.com/1uRdJfu7Cv
— CNET (@CNET) October 17, 2019
Siri Razr merupakan kebanggaan Motrola pada era 2000-an.
Dan model yang terbaru yang diilhamkan darinya dikatakan berharga sekitar $1,500 ataupun sekitar RM6,000.00 namun ianya diletakkan dalam kategori mid range.
Ianya dipacu oleh cip Qualcomm Snapdragon 730. Skrinya bersaiz 6.2 inci. Hadir dengan 2 warna, iaitu putih ataupun hitam campur emas.
CNET melaporkan kapasiti baterinya adalah 2,730 mAh. Ada 2 versi:
- 4GB RAM/64GB Memori dalaman
- 6GB RAM/128GB Memori dalaman.
Berdasarkan kapasiti bateri, jika benar, agak sukar untuk Motorola nak meyakinkan pembeli dengan harga permulaan seperti yang dilaporkan,
Seterusnya, pada walaupun Motorola menjadikan alasan telefon midrange sebagai sebab ram mereka masih di antara 4GB dan 6GB dengan memori antara 64GB dan 128GB, adakah anda sanggup membelinya dengan nilai sekitar RM6,000? Untuk kegunaan akhir tahun 2019 dan awal tahun 2020? Tahun di mana kau sedang meyiapkan diri nak beli kereta terbang?
Ataupun anda sanggup membayar hanya kerana nostalgia berlipat dengan Razr?
Korang punya duit korang punya sukalah. Hmmm…