Manchester United mengesahkan bahawa Mason Mount cedera lagi dan perlu berehat 4-5 minggu lagi. Pemain itu kerap dirundung masalah kecederaan sejak menyertai Man United dari Chelsea.
Mount musim lalu meluangkan kebanyakan masanya di bilik rawatan. Dan musim ini dia terlibat dalam aksi pra musim serta aksi awal Man United. Malangnya pemain antarabangsa England itu perlu kembali ke bilik rawatan.
Pemain berusia 25 tahun itu dikeluarkan awal pada separuh masa pertama ketika kekalahan di tangan Brighton & Hove Albion, setelah berada di kesebelasan utama dalam 3 perlawanan berturut turut.
Menurut laporan rasmi, dia mengalami kecederaan hamstring. Bermakna dia berehat kira kira sebulan lebih mungkin akan kembali pada kempen Liga Europa bulan depan.
Dalam kenyataannya di media sosial, Mason Mount berkata: “Saya mengalami kecederaan ringan di bahagian otot pada aksi sebelum ini. Saya sudah menjalani pemeriksaan dan perlu berehat untuk beberapa perlawanan.
“Ketika pra musim saya bekerja keras untuk mendapatkan semula kecergasan yang diperlukan dan saya merasa sangat bertenaga semula, berasa tajam dan bersedia.
“Saya merasa sangat kecewa, dan saya pun rasa kamu pun kecewa juga. Saya akan melakukan segalanya untuk kembali ke kondisi terbaik dan membantu pasukan ini.”
Peminat Man United berharap pemain itu lekas sembuh. Dan mereka yakin Mount akan menjadi pemain penting selepas dia kembali semula. Mount antara nama yang seringkali diletakkan Ten Hag dalam kesebelasan utama apabila dia tersedia.
Sebagai rekod, Mason Mount meninggalkan kelab disokongnya dari kecil dan tempat dia bermain sejak usia kanak kanak iaitu Chelsea untuk menyertai Man United dengan nilai perpindahan £60 juta.
Namun kini dia memiliki rekod tidak diingini, hanya bermain dalam 14 aksi EPL setakat ini untuk Man United. Mount diberikan jersi keramat nombor 7 yang dianggap terus membawa badi kepada pemakainya selepas era CR7. Dan hanya CR7 sahaja yang dianggap berjaya mengatasi badi itu ketika dia kembali semula.
Walaupun selepas itu CR7 disishkan oleh Erik Ten Hag dan meninggalkan Man United.