Mourinho Amuk Pemain Roma: “Berambus Ke Serie C, Korang Tak Ada Telor Lawan Team Besar!”

Jose Mourinho dilaporkan tidak dapat menahan kemarahannya ketika di bilik persalinan dalam aksi berdepan dengan Inter Milan dalam aksi Copa Italia.

Kemarahan Mourinho itu dikatakan telah membuatkan beberapa pemain sudah dikira tidak akan bersama Roma lagi pada musim depan jika Mourinho menjadi pengurus.

Mourinho kemudian menyampah dengan karakter pemain pemain Roma di San Siro yang menurutnya kecut apabila berdepan kelab kelab besar. Ini bukan pertama kali terjadi pada musim ini.

Lantas Mourinho mengingatkan bahawa, aib yang paling teruk bagi seorang lelaki adalah tidak lebih daripada lelaki yang pengecut ataupun tak ada telur.

Bilik persalinan Roma ketika ini dikatakan sangat tegang, ibarat tangki minyak yang menunggu masa untuk meletup.

Menurut Il Corriere dello Sport, José Mourinho berang dengan pemain Roma selepas kekalahan 2-0 mereka menentang Inter pada hari Selasa dan berkata: “Kamu semua terkucir [sh*t yourself / ketakutan] selama sepuluh minit.”

The Special One kembali ke San Siro sebagai lawan Inter buat kali pertama pada hari Selasa. Dia disambut dengan mesra oleh penyokong Inter yang mengingati jasanya memberikan kejuaraan treble kepada Inter satu ketika dahulu.

Namun Mourinho sangat kecewa dengan prestasi para pemainnya. Bekas pemain Roma, Edin Dzeko menjaringkan gol awal. Pemain yang pernah menjadi singning gagal Mourinho ketika di Manchester United, iaitu Alexis Sanchez menggandakan pendahuluan Nerazzurri pada separuh masa kedua dan Roma tersingkir daripada suku akhir Coppa Italia.

Mourinho benar benar tak gembira dengan apa yang berlaku. Kerana dia tidak melihat semangat melawan seperti yang dia harapkan daripada para pemainnya.

Mourinho berkata di dalam bilik persalinan: “Saya nak tahu kenapa kamu semua kecut [s*** yourself] pada 10 minit pertama?”

Mourinho bercakap di hadapan semua pemain dan staf, termasuk doktor pasukan selepas tamat perlawanan.

Semua orang menghadiri mesyuarat selepas perlawanan: pemain, doktor dan kakitangan. Semua orang.

“Dan kemudian saya ingin tahu mengapa kamu poyo [menyombongkan diri] menentang Milan selama sepuluh minit. Setiap daripada kamu, tidak seorang pun terkecuali.”

“Saya ingin tahu mengapa kamu menjadi begitu kerdil menentang pasukan besar sejak dua tahun lalu. Jika kita kerdil, pengadil akan memperlakukan kita sedemikian. Inter adalah pasukan yang hebat, tetapi daripada mencari motivasi, kamu menyeksa diri sendiri [dengan bermain dalam ketakutan].”

Mourinho bengang kerana para pemainnya seolah olah tidak berani untuk bertarung dalam perlawanan berprofil tinggi seperti menentang Inter Milan ini.

“Kelemahan yang paling teruk bagi seorang lelaki ialah lelaki yang tak ada telur [pengecut] dan tiada personaliti. Adakah kamu semua takut dengan perlawanan besar?”

“Kalau macam tu, sila berambus dan pergi bermain di Serie C, tanpa tekanan, tanpa juara [Itali / Serie A], dan  tanpa stadium besar. Kamu tak ada telor bang oi, itu adalah perkara yang lebih buruk bagi seorang lelaki.”

Ini bukanlah benda baru untuk Mourinho. Di mana dia mengamuk dan mencaci karakter pasukannya. Kadangkala ianya boleh menjadi motivasi, tetapi dalam sejarah kariernya, kata kata seperti itu beberapa kali memakan dirinya ketika mendapat penentangan daripada pemain.

Ramai juga yang tidak pasti sama ada Mourinho akan kekal lebih lama di AS Roma berdasarkan situasi semasa?

Jose Mourinho sudah beberapa kali mengkritik para pemainnya kerana isu konsistensi. Di mana mereka kerapkali gagal untuk tampil lebih konsisten.