Mourinho: “Apa Lagi Harus Smalling Lakukan Untuk Tawan Hati Southgate”

Jurulatih AS Roma, Jose Mourinho hilang kata kata, dan tidak tahu, apa lagi yang harus dilakukan Chris Smalling untuk menawan hati Gareth Southgate untuk memilihnya ke dalam skuad kebangsaan.

Mourinho percaya anak didiknya, Chris Smalling layak dipanggil semula ke pasukan kebangsaan England untuk Piala Dunia 2022.

AS Roma telah meningkat naik di bawah Jose Mourinho sejak mengambil alih pasukan tersebut pada musim lalu.

Mereka memenangi Trofi Liga Persidangan Europa UEFA. Ia bukti bahawa The Special One masih ada sengatnya. Di mana dia membantu menamatkan kemarau piala di Roma.

Selain daripada prestasi yang baik, Mourinho turut membantu Roma menarik beberapa nama besar menyertai mereka. Antaranya Nemanja Matic, Andrea Belotti, sehingga yang paling menyerlah ialah Paulo Dybala.

Ramai pemain juga kembali ke prestasi terbaik ketika Mourinho dilatih di Rom, salah seorang daripadanya ialah Chris Smalling.

Smalling sanggup meninggalkan bumi Inggeris untuk mendapatkan minit permainan yang lebih banyak bagi mencerahkan peluangnya bermain di dalam skuad kebangsaan.

Dia menyertai Roma pada 2020. Walaupun seringkali mendapat kritikan di Manchester United, namun di AS Roma, dia menjadi nadi penting pasukan tersebut.

Dia turut konsisten menjadi pilihan utama Jose Mourinho.

Dengan prestasinya di Itali, Jose Mourinho percaya Chris Smalling layak dipanggil semula ke pasukan kebangsaan England menjelang Piala Dunia 2022 berbanding beberapa pemain  lain.

Mourinho tidak mahu mendengar alasan taktikal menjadi masalah utama. Kerana menurutnya, Smalling bukan sahaja boleh bermain dengan sistem 2 center back. Dia juga boleh bermain dengan sistem back 3.

Jadi, apa lagi alasan Southgate untuk tidak mahu memanggil pemain itu. Mouring menganggap Smalling sebagai calon terbaik untuk menyelesaikan krisis center back yang dihadapi England ketika ini.

“Dia diajar untuk bermain dalam sistem 2 pemain bek tengah di Manchester,” kata Mourinho.

“Tetapi kini dia mempunyai ketajaman yang sempurna untuk bermain di barisan bek bertiga.”

“Jika saya menjadi jurulatih pasukan kebangsaan, saya akan melakukan apa sahaja untuk mendapatkan seseorang seperti dia.”

“Saya tidak fikir ia adalah kekurangan rasa hormat kepada Gareth Southgate apabila saya berkata saya berasa sangat kesal dengan keadaan.”

“Untuk pemain yang bermain di peringkat tertinggi seperti Smalling dan yang tidak akan mendapat peluang yang sepatutnya,” tambah Mourinho lagi.

Pasukan kebangsaan England kini mengalami kekurangan pemain yang bermain sebagai pertahanan tengah.

Kyle Walker, yang biasanya mengisi bek bertiga England, telah mengalami kecederaan.

Walaupun Smalling mungkin dianggap calon yang bagus, terdapat juga calon lain seperti Fikayo Tomori dari AC Milan dan Ben White dengan Arsenal bermain secara konsisten di kelab masing-masing.

Adakah salah seorang atau lebih daripada 3 nama tersebut berjaya menarik perhatian Southgate?