Pengurus Roma Jose Mourinho telah membincangkan perlumbaan kejuaraan Liga Perdana Inggeris pada musim ini. Dia sama sekali menolak pelung dua bekas kelab lamanya Chelsea dan Manchester United, tetapi juga, agak lebih mengejutkan, mencadangkan pendahulu liga semasa Arsenal tidak akan menjadi pesaing yang serius.
Bercakap kepada bekas pemainnya John Mikel Obi dalam The Obi One Podcast, Mourinho menafikan bahawa ia ada kaitan dengan permusuha lamanya dengan The Gunners, dan hanya menyatakan bahawa dia tidak melihat ini masa yang sesuai untuk pasukan Mikel Arteta bergelar juara.
Sebaliknya, Mourinho masih melihat Manchester City sebagai pilihan dengan margin kecil, meletakkan mereka pada 51% daripada memenangi gelaran, dan Liverpool pada 49%.
Ia tidak sepenuhnya jelas mengapa Mourinho tidak pasti tentang Arsenal, yang kini berada di tempat pertama dan pemenang treble musim lalu, Man City yang dalam prestasi tidak konsisten dalam enam perlawanan terakhir ini.
Seterusnya skuad Jurgen Klopp juga baru saja keciciran mata di tangan Man United. Namun aksi menentang Arsenal sebelum natal akan menjadi perlawanan penting buat kedua dua pasukan dalam mengukuhkan cabaran kejuaraan.
Declan Rice telah menjadi pemain yang hebat untuk AFC sejak berpindah dari West Ham pada musim panas, manakala Kai Havertz juga mula mempamerkan prestasi cemerlangnya, Sementara itu pemain muda seperti Bukayo Saka dan William Saliba juga pastinya sedang dalam prestasi kemnucak.