Mourinho Berang Dan Masuk Padang ‘Request’ Pengadil Layangkan Kad Merah Kepada Pemain Lawan

Jose Mourinho berang dengan kekasaran melampau yang dilakukan ke atas pemainnya dalam aksi persahabatan pra musim.

AS Roman menang aksi persahabatan menentang Sunderland dengan jaringan 2-0.

Tetapi ada perkara yang kurang menggembirakan Jose Mourinho. Di mana Luke O’Nien melakukan kekasaran yang dilaporkan menyebabkan Roger Ibanez memerlukan enam jahitan.

Aksi pra musim adalah aksi untuk mendapatkan semula kecergasan selepas cuti. Memang ada kecederaan yang berlaku. Tetapi seboleh bolehnya para pemain hendaklah mengelakkan bentesan yang terlampau ke atas lawan mereka.

Lebih menarik lagi apabila pengurs Giallorossi masuk ke dalam padang. Dia kemudian meminta pengadil melayangkan kad merah keapda Luke O’Nien agar pemain itu dibuang padang selepas mengasari pemain Roma dengan sikunya.

O’Nien memang tidak menganggap aksi hari itu aksi persahabatan pra musim. Di mana sebelum itu dia telah dilayangkan kad kuning, 5 minit lebih awal sebelum insiden menyiku Ibanez.

O’Nien mengasari Stephan El Shaarawy dengan bentesan lambat. Oleh sebab itu Mourinho merasakan pemain itu tak layak berada di atas padang lagi pada hari itu dan harus dibuang padang.

Boleh dilihat, selepas Mourinho dengan marahnya melangkah ke padang permainan untuk mengkritik O’Nien.

Tetapi pengadil tidak membuang pemain itu keluar dari padang.

Melihat Mourinho dan pemain pemain Roma jelas kecewa dengan disiplin O’Nien, rakan sejawatannya, pengurus Sunderland Alex Neil sebaliknya bersetuju untuk menggantikan pemain itu.

Selepas tamat perlawanan Alex Neil mengakui dia menggunakan kesempatan yang diberikan untuk menggantikan O’Nien demi kebaikan semua pihak.

Dia mahu memastikan aksi persahabatan pra musim ini kembali ke landasan yang sebetulnya. Walaupun menegaskan bahaa O’Nien adalah tidak sengaja.

Seterusnya Alex Neil merasakan Jose Mourinho dan kem AS Roma agak berlebihan dalam memberikan respon kepada insiden kedua.

Alex Neil berkata: “Apabila anda diberi pilihan untuk membuat penggantian atau bermain dengan 10 pemain pada musim panas ini, saya tidak fikir yang terakhir itu akan memberi manfaat kepada sesiapa pun.”

“Saya mereka memberikan reaksi aga berlebihan untuk  insiden yang kedua. Dia cuba memenangi tandukan, dan dia mendapat tolakan supaya lengannya naik secara semula jadi.”

“Saya fikir ia tidak sengaja, tidak ada niat jahat di dalamnya. Untuk bersikap adil, saya fikir ia dikendalikan dengan baik.” katanya merujuk kepada tindakan pengadil yang tidak melayangkan kad merah.

Felix-Afena Gyan dan Nicolo Zaniolo menjaringkan gol lewat untuk memastikan kemenangan bagi pemenang Liga Persidangan Europa musim lalu dalam aksi menentang pasukan Kejuaraan yang baru dinaikkan pangkat.

Baca yang lain

Bernardo Silva Singkir Chelsea

Chelsea disingkirkan oleh Manchester City daripada separuh akhir Piala FA 2023/24. Jaringan tunggal oleh Bernardo Silva minit ke-84, membuatkan Chelsea gigit jari