Mourinho Buat Hal, Ketuai Pemain Langgar Perintah Kuarantin

Di UK ketika ini, negara mereka juga seperti kita, sedang dalam peraturan social distancing. Di mana setiap orang diminta untuk menjarakkan diri.

Paling utama sekarang ini semua orang diminta untuk duduk di rumah dan hanya keluar apabila ada keperluan yang mendesak.

Beberapa pemain bola sepak terlibat dalam salah laku berkaitan lockdown. Antaranya ialah Jack Grealish dan Kyle Walker.

Grealish kantoi berfoya foya. Manakala Kyle Walker pula mengadakan pesta seks di rumahnya dengan melanggan 2 escort girls.

Malang buat Walker apabila salah seorang gadis itu menjual cerita itu kepada The Sun, tabloid yang memang selalu bikin panas.

Walker tampil dengan permohonan maaf secara terbuka. Manchester City sudah menyatakan bahawa pemain tersebut akan dihukum kerana melanggar perintah lockdown.

Hampir kesemua kelab EPL sudah memberikan amaran kepada staf dan pemain mereka untuk tidak melanggar social distancing pada ketika ini.

Mourinho dan pemain Spurs pula buat hal

Namun apa yang berlaku adalah, 4 pemain Tottenham Hotspur mengkantoikan diri mereka sendiri ketika melakukan latihan bersama dengan Jose Mourinho di tempat terbuka.

Mereka ialah Serge Aurier, Davinson Sanchez, Ryan Sesegnon, dan Tanguy Ndombele.

Di mana kesemua mereka dilihat sedang berlatih di Hadley Common di Barnet.

Davinson Sanchez dan Ryan Sessegnon dilihat berjoging sebelah menyebelah yang terang terangan melanggar peraturan social distancing.

Keadaan menjadi lebih teruk apabila Jose Mourinho sendiri berada di tempat kejadian – bersama dengan para pemainnya melanggar peraturan lockdown.

Serge Aurier turut kelihatan berlari menerusi satu lagi rakannya dan gagal untuk menjaga jarak di antara mereka.

Mereka semua lengkap berpakaian kit latihan Nike rasmi Spurs.

Dan Kilpatrick daripada Evening Standards menulis di Twitternya: “Kesemua orang sudah diingatkan tentang garis panduan social distancing. Senang cerita, kelab sangat tidak gembira melihat keadaan ini.”

Spurs mungkin akan mengambil tindakan berat ke atas semua yang terlibat.

Setiap pemain memang perlu menjaga kecergasan mereka. Namun ianya bukan alasan untuk melakukan perkara yang memudaratkan nyawa orang lain.

Pemain-pemain lain boleh je melakukan latihan di rumah dan di halaman rumah masing-masing.

Memang ini detik yang mencabar untuk para pemain yang biasa berlatih dengan intensif dibantu jurulatih berkelas dunia.

Namun kesukaran itu bukan dihadapi pemain bola sepak sahaja. Malah semua manusia yang lain juga terasa impak daripaa wabak ini.

Kipatrick mendapat tahu bahawa Mourinho sebenarnya mahu mengadakan latihan 1 v 1 dengan Ndombele sahaja.

Namun secara kebetulan Sessegnon dan Davinson Sanchez berjogging dan lalu di hadapan mereka.

Mourinho mendapat kritikan daripada ramai pihak yang mengutuk tindakan beliau melanggar perintah kuarantin.

Social distancing adalah sangat penting dalam usaha memutukan rantaian jangkitan wabak covid-19.

Covid-19 merupakan wabak yang virusnya sangat mudah merebak walaupun dengan sentuhan yang sangat minima.

Baca yang lain

Cafu: ‘Hanya Neymar Yang Ada Magis’

Cafu mempertahankan kualiti Neymar dengan menganggap dalam pasukan Brazil sekarang hanya beliau yang benar benar berkelas dunia. Cafu menganggap adalah tidak adil