Mourinho Cuma Nak Tahu, Kejuaraan City 2018 Dilucutkan? Bermakna Man United Juara!

Pengurus Tottenham Hotspur, Jose Mourinho secara bergurau bertanya sama ada larangan dua tahun Manchester City dari UEFA kerana melanggar peraturan Financial Fair Play, bermakna mereka akan dilucutkan gelaran Liga Perdana Inggeris pada 2018?

Beliau berkata, hanya mahu tahu tentang status itu sahaja.

Jose Mourinho membimbing pasukan Manchester United – yang berjaya menamatkan musim 2017/18 di ke tempat kedua di belakang Ciry pada musim itu.

Di mana Man United menamatkan liga 19 mata di belakang pasukan bimbingan Pep Guardiola.

“Saya tidak bazirkan satu minit pun untuk menganalisis apa yang perlu dikaji oleh UEFA,” kata Mourinho pada sidang akhbar selepas Spurs menang 3-2 ke atas Aston Villa dalam aksi liga perdana Inggeris pada Ahad lalu.

“Jika saya pergi ke sana [pejabat UEFA], saya mahu bertanya sama ada pasukan yang menamatkan kempen di tempat kedua pada 2018 akan menjadi juara, ya atau tidak?”

Mourinho kemudian menyatakan beliau hanya bergurau.

“Itu menarik, tetapi sebenarnya itu hanyalah canda gurauan. Sebenarnya saya hanya menunggu dengan tenang perkembangan ini.”

“Saya tidak pernah fikir ia adalah satu keputusan besar atau keputusan kecil,” kata Mourinho.

“Peraturan itu adalah undang-undang, ia adalah ya atau tidak. UEFA menghukum mereka tetapi mereka diberikan peluang untuk merayu.”

“Sehingga selesai proses rayuan, Manchester City masih ada manfaat daripads keraguan / benefit of the doubt. Di akhir proses itu kita akan lihat jika mereka dihukum atau tidak,” tambahnya lagi.

Liga Perdana Inggeris (Premier League) juga telah membuka siasat terhadap kewangan City. Pengurus Man City Guardiola adalah seteru lama Mourinho , sejak dari ketika mereka berada di liga Sepanyol lagi.

Spurs mencapai Kemenangan di Villa Park untuk. Spurs berterima kasih kepada penjaring gol kemenangan masa kecederaan iaitu Son Heung-min.

Kemenangan telah membantu skuad bimbingan Jose Mourinho baik ke tangga kelima, dengan hanya satu mata di belakang Chelsea, dalam persaingan mereka untuk berada di tempat empat teratas.

Namun berdasarkan situasi sekarang, jika Man City gagal di dalam rayuan mereka Adi CAS, tempat kelima pun boleh mara ke Liga Juara Juara Eropah.

Man City dikenakan larangan beraksi dalam UCL / UEL oleh UEFA selepas perlanggaran ke atas Financial Fair Play.

Jose Mourinho berkata beliau tidak begitu bimbang tentang kesan keputusan terhadap peluang pasukannya untuk mara ke UCL musim hadapan.

“Keempat atau kelima, saya hanya mekikirkan tentang melakukan yang terbaik,” katanya.

“Lebih banyak mata yang kita peroleh maka lebih baik peluang kita untuk mendapatkan tempat di kejohanan Eropah.”

“Pada akhir musim ini, kita akan lihat di mana kita berada, jika kita berada di tangga keenam atau ketujuh, jadi tidak ada kaitan pun kalau tempat kelima layak ke Liga Juara-Juara.”

Baca yang lain