Mourinho Dedahkan Dia Guna Taktikal Gelembung Buaya Yang Buatkan Ajax Pressing Oksigen

Jose Mourinho akui bahawa dia telah menggunakan taktikal gelembung buaya untuk memenangi Europa League ketika bersama Manchester United.

Taktikal itu membuatkan Ajax hanya pressing oksigen kerana tiada bola di atas padang. Sebaliknya semuanya dilancarkan dengan taktikal long ball.

Watak penting dalam taktikal itu adalah Marouane Fellaini. Di mana Mourinho menyatakan dia memanfaatkan sepenuhnya kekuatan pemain itu ketika itu.

Mourinho tidak kisah bermain dengan cara pragmatik itu ketika kelab kelab lain tergila gilakan taktikal moden. Malah dalam temubualnya, Mourinho turut mendedahkan dia menang ke atas Man City beberapa kali dengan taktikal park the bus.

Pencapaian luar biasa pengurus itu bersama United adalah ketika menjuarai Europa League 2017 menentang Ajax. Pasukan yang memiliki pendekatan taktikal hampir dengan Man City bimbingan Pep Guardiola.

Mourinho menyatakan, pasukan seperti Barca turut menang dengan taktikal gelembung buaya itu ketika menang 3-2 ke atas PSG di Paris.

Dia berkata: “Banyak sekali bola lambung daripada penjaga gol, Ter Stegen kepada (Robert) Lewandowski pada fasa binaan serangan. PSG cuba menekan di garisan tinggi, namun Stegen terus ke Lewandowski. Lewandowski kawal dengan dadanya, dan bermain daripada kedudukan itu.

“Saya memenangi final Europa League dengan long ball dari Sergio Romero kepada Marouane Fellaini. Ajax melakukan pressing. Malangnya mereka cuma pressing oksigen je la. Kerana tiada bola di situ. Bola terus ke dada Fellaini. Bermain dari situ, 2-0. Bawa pulang piala, 3 kejuaraan.

“Ianya musim yang digelar ‘disaster’,” kata Mourinho menyindir media Inggeris dan segelintir peminat Man United yang masih menganggap dia tidak cukup bagus.

Mourinho, tidak kira apa sahaja yang anda fikirkan tentangnya, dia tetap salah seorang pengurus yang paling berjaya sepanjang zaman atas sebab tertentu.

Dalam era di mana pasukan mengasak lebih tinggi berbanding sebelum ini – pasukan muda Ajax bimbibngan Peter Bosz merupakan contoh terbaik untuk itu – Mourinho menemui cara untuk menafikan pendekatan sedemikian hanya menghantar bola ke dada pemain dengan ketinggian 6 kaki 4 inci sebagai fokal.

Jumlah 15 pertarungan udara yang berjaya dimenangi oleh Fellaini, adalah yang tertinggi dalam satu perlawanan Liga Europa pada masa itu.

Pembelian £27 juta dari Everton secara rasmi mengumumkan persaraannya beberapa bulan lalu, Liga Europa merupakan salah satu daripada empat trofi yang dimenanginya sebagai pemain Manchester United.

Seterusnya Mourinho menyatakan dia kagum dengan kejayaan Arteta mencipta taktikal park the bus untuk mencuri 1 mata daripada aksi menentang City.

Sebelum ini banyak media dan pundit mengkritik taktikal Mikel Arteta ketika seri menentang Manchester City. Di mana Mikel Arteta dituduh bermain dengan sistem pasif dan ‘pengecut’ dengan park the bus.

Mourinho pula memuji pendekatan itu. Kerana menurutnya, dia beberapa kali menang ke atas Manchester City dengan memarkir bas, termasuk bas dua tingkat sekalipun.

Mikel Arteta jelas sekali hanya mahu mengelak daripada kalah dan tidak terdesak untuk menang berdepan dengan skuad Guardiola.

Arsenal ketika itu hanya ada 27% penguasaan bola. Dan perlawanan seri tanpa jaringan.

Bercakap kepada The Telegraph, Mourinho berkata: “Saya gembira sebab saya suka budak tu [Arteta]. Saya gembira dengan segala yang berlaku padanya.

“Dan juga, Arsenal bermain untuk mendapat mata sahaja. Sedangkan media bercakap tentang strategi silap mata bagai.

“Ketika saya berada di sana, saya tidak menggunakan strategi silap mata pun. Dan saya menang beberapa kali ke atas Manchester City. Strateginya tidaklah sehebat mana. Ianya permainan defensif.

“Parkir bas, parkir bas dua tingkat sekalipun kalau perlu. Ianya perspektif yang berbeza.”

Dalam kariernya, Mourinho menuai banyak kejayaan dengan taktikal yang pragmatik ketika berdepan kelab besar atau lebih kuat ketika dia bersama Chelsea, Inter Milan atau Real Madrid.

Ramai yang mengkritik Mourinho sebagai suka park the bus ada juga yang menganggap ia masterclass.

 

Baca yang lain